|
Setelah menimbulkan tanda tanya dan kerisauan netizen, pelakon meningkat naik, Farhan Asri, akhirnya membuka cerita mengenai perubahan fizikalnya.
Perkara tersebut dicoretkan finalis Hero Remaja 2017 itu selepas ditanya seorang netizen melalui ruangan AskMe di Instastory.
Menurut Farhan, dia sedang mengawal pemakanan terutamanya dalam pengambilan makanan bergula, makanan segera serta berminyak.
Foto: IG
“Soalan paling panas untuk tahun ini. Sudah lapan bulan tidak mengambil gula. Banyak sangat pantang makan.
“Selain itu saya juga sudah lapan bulan tidak makan benda yang ada tepung dalam makanan dan tidak makan makanan berminyak,” dedahnya.
Mengulas lanjut, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu memberitahu dirinya sudah hampir lapan bulan berhenti merokok dan ‘vaping’.
“Lapan bulan tidak makan makanan segera. Air suam sahaja setiap hari, saya henti minum sejuk.
“Malah, sudah lapan bulan juga berhenti merokok dan ‘vape’,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan sama, Farhan turut memaklumkan dia sebenarnya tidak menghilang daripada industri seni sebaliknya memutuskan untuk berehat buat seketika.
“Paan Alhamdulillah sihat. Cuma berehat sekejap dari penggambaran, akan kembali tidak lama lagi! Doa kan Paan,” ujarnya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|