Ada banyak faktor mempengaruhi keputusan seorang pekerja untuk berhenti kerja, namun seorang eksekutif Apple Inc menggunakan alasan polisi kembali ke pejabat untuk meletak jawatan.
Ian Goodfellow, pengarah program Apple Machine Learning yang menyertai syarikat pada April 2019, telah bertindak untuk meletak jawatan sebagai protes kepada polisi kembali ke pejabat yang diperkenalkan. Menurut email dihantar Goodfellow kepada Apple, punca utama kepada peletakan jawatan tersebut adalah kerana beliau merasakan pasukannya lebih fleksibal bekerja dari rumah daripada memasuki pejabat.
Umumnya, Apple melaksanakan polisi kembali ke pejabat bermula 11 April secara berperingkat, namun setelah 2 tahun bekerja di rumah terdapat segelintir pekerja syarikat berasa ralit untuk kembali kerana sudah berasa selesa bekerja dari rumah. Sebagai makluman, Apple adalah syarikat pertama mengarahkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah pada Mac 2020, sebaik virus Covid-19 mulai mengganas dan merebak ke seluruh dunia. la merupakan 1 keputusan drastik kepada syarikat yang mengamalkan amalan kerja kerjasama secara peribadi dan memfokuskan pembangunan produk perkakasan baharu oleh pekerja di pejabat. Kemudian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook telah membuat keputusan untuk memperkenalkan polisi kembali ke pejabat secara berperingkat mulai 11 April tahun ini dikenali sebagai Hybrid Working Pilot. Hybrid Working Pilot akan menyaksikan pekerja perlu kembali ke pejabat sehari dalam seminggu pada 3 minggu pertama, kemudian 2 hari seminggu pada minggu seterusnya. Seterusnya 3 hari seminggu menjelang 23 Mei, dengan pilihan hari bekerja dari rumah pada Rabu dan Jumaat. Sungguhpun begitu polisi tersebut menerima tentangan kuat oleh para pekerjanya yang menganggap undang-undang itu tiada fleksibiliti yang baik selain mengundang rasa takut. Sehingga kini pihak Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai penentangan berterusan terhadap polisi yang diperkenalkan itu. Sumber: Suara Merdeka
|
Umumnya, Apple melaksanakan polisi kembali ke pejabat bermula 11 April secara berperingkat, namun setelah 2 tahun bekerja di rumah terdapat segelintir pekerja syarikat berasa ralit untuk kembali kerana sudah berasa selesa bekerja dari rumah.
green~tea replied at 15-5-2022 09:50 AM
Mmg covid mengajar weols.... mcmana it forces us to transition urusan business to online transaction ...
Dwdrum replied at 15-5-2022 10:07 AM
Executive saja mahu resign if tim cook sendiri mahu resign sebab wfh.. Memang shocking news..
kakigojes replied at 14-5-2022 06:22 PM
Che’.. lagu mana Tim tu nak resign, dia yang reka hybrid plan ni
kakigojes replied at 15-5-2022 10:22 AM
Sis business apa
ultra78 replied at 14-5-2022 08:14 PM
Ada beberapa faktor kenapa staff Apple tu tak mahu masuk ofis.
Pertama adalah orang dah tak mahu co ...
nuryakmal replied at 15-5-2022 09:53 AM
Ada keja boleh hybrid. Ada yg tak. Kalau la transfer tanah ni boleh pakai online signature, best hid ...
green~tea replied at 15-5-2022 11:01 AM
Mcm2 juga masuk... sbb family business.. bukan sorang2... ada tourism, F&B, agriculture, agricommo ...
ADVERTISEMENT