CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Biasanya, Bomba Tak Buat Audit Forensik Sebelum Menyelamat Penghuni Rumah Terbakar" - Najib

13-5-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1901| Komen: 20

Description: Audit forensik dan penyelamatan Sapura Energy Bhd. (SEB) boleh dibuat secara serentak, demikian menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Audit forensik dan penyelamatan Sapura Energy Bhd. (SEB) boleh dibuat secara serentak, demikian menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Tegasnya, beliau tidak pernah menolak audit forensik ke atas syarikat berkenaan.


Kredit foto: FB Najib

Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Pekan itu, Pakatan Harapan (PH) sendiri semasa menjadi kerajaan tidak pernah melakukan audit forensik terhadap SEB melalui Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Untuk rekod, PNB mempunyai 40 peratus pegangan yang juga pemegang saham terbesar di dalam syarikat minyak dan gas itu sejak 2019.


“Biasanya, bomba tak buat forensik audit sebelum menyelamat penghuni dalam rumah terbakar.

“Kita selamatkan mereka dulu. Selepas diselamatkan dan api dipadam, baru kita buat forensik untuk ketahui kenapa rumah terbakar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Najib mengulas cadangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Debat Perdana di antara beliau dengan Ketua Pembangkang itu, malam tadi.


Kredit foto: FB Najib

Anwar mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan audit forensik terhadap SEB.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, isu utama bukanlah mengenai langkah penyelamatan kerajaan terhadap SEB sebaliknya apa yang penting adalah mencari punca sebenar yang menyebabkan syarikat itu dilanda masalah.

Katanya, sekiranya audit forensik tidak dilakukan, ia menunjukkan seolah-olah kerajaan menjaga kepentingan beberapa ahli politik daripada kepentingan rakyat.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 13-5-2022 02:35 PM
hahahahahahahaha
Quote yanzhuo 13-5-2022 02:39 PM
Jauh menyimpang perbandingan tu, rumah terbakar dgn sapura yg mana bos2nya dpt elaun berjuta2 walaupun syarikat rugi
Quote Samerosie 13-5-2022 02:40 PM
Apa jadah perbandingan kah ini Najib oiii bangang abadi.
Quote rikiruj 13-5-2022 02:41 PM
Najib tak nak lak cadang buat Audit forensik untuk 1mdb..
Quote tompie 13-5-2022 03:25 PM
rikiruj replied at 13-5-2022 02:41 PM
Najib tak nak lak cadang buat Audit forensik untuk 1mdb..

Anwar lah yang patut cadang.. nanti najib cite pasal bomba lagi...
Aku rase debat malam tadi tu wayang aje..
mainan politik najib dengan anwar.. diorang geng2 kluster mahkamah dan kluster sg buloh memang kamcing
Quote Lentera 15-5-2022 05:34 PM
Togok ketum ke
Quote angelofish 15-5-2022 05:44 PM
ai sokong je najib.sebab dia memang pakar ekonomi.pakar songlap tu belakang kira
Quote xAthenax 15-5-2022 06:06 PM
mabuk ketum
Quote akakmasihvogue 15-5-2022 06:07 PM
Apa laa...gaji management sapura dibayar mahal tapi tak menjana keuntungan utk syarikat..
Quote mikasa 15-5-2022 07:12 PM
Kalau yer pun nak tolong tapi tak payah laa kasi perumpaan yang menunjukkan betapa tak bijak dalam soalan tu
Quote ulamalu 15-5-2022 07:33 PM
Cash is king, kononnya king tu makna rakyat pun dah boleh tahu level pusing macamana.
Quote Firenzza 15-5-2022 10:07 PM
Bodow btl najibun, mcm la sapura katup, msia terus bengkrap
Quote budaktua 15-5-2022 10:35 PM
sapa la yg akan najib lantik jadi bomba agak nya....
Quote budaktua 15-5-2022 10:36 PM
sapa la yg akan najib lantik jadi bomba agak nya....
Quote Nenasketum 15-5-2022 10:38 PM
Orang mabuk ketum pun tutup muka ngan kain pelikat malu, vangang abadi spoilt brat yang udah jadik criminal ni ha. Shit head kata orang kampung aku kalau gini perangainya.
Quote eyansss 15-5-2022 11:15 PM
ni ke babi lahanat yang suruh petronas bail-out sapura tu?  bangang rupanya sebab guna anology rumah terbakar...
Quote TeropongThaico 15-5-2022 11:44 PM
Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba lumba
Bijan beria nak bantu sapura
Rakyat sengsara nak makan apa
Quote kitmal 15-5-2022 11:51 PM
Najib tersilap langkah....sebab audit forensiklah kes dia terbongkar
Quote cm_vungtau 16-5-2022 12:04 AM
Rumah terbakar kalau sengaja di bakar supaya dapat insurance (arson) then cemana?

Arson (meaning) -
the criminal act of deliberately setting fire to property.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.262238 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top