Emma Maembong sekali lagi menjadi bualan panas selepas memuat naik gambar yang didakwa terlampau seksi. D Instagram, ibu anak satu ini bergambar memakai singlet putih ketat dengan rambutnya digayakan dengan dandanan tocang biru.
Difahamkan Emma kini berada di Seminyak, Bali Indonesia. Di ruangan komen ramai yang tak senang tengok penampilan Emma.
Memang teruk dihentam dan ramai yang meminta Emma supaya menjaga aurat. Bukan itu sahaja, mereka juga menghentam suaminya sebab membiarkan isterinya tayang badan di depan orang ramai.
Ramai juga yang merindui kesopanan Emma dulu semasa memakai tudung. Setakat ini Emma tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kecaman yang diterima.
Tak suka tak payahlah tengok. Jawapan cliche yang diberikan nanti, tak gitu? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|