CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanis Zalikha Berlakon Bersama Suami, Malu Nak Minta Hairul Azreen Ajar Babak Aksi

13-5-2022 12:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2630| Komen: 14|Original author: Tatod

Description: Selepas tujuh tahun 'berehat' dari dunia lakonan, aktres Hanis Zalikha akhirnya kembali membuat penampilan dalam filem The Assistant yang dihasilkan dan diarahkan oleh Adrian Teh (Paskal, Wira) dan Ac ...

Selepas tujuh tahun 'berehat' dari dunia lakonan, aktres Hanis Zalikha akhirnya kembali membuat penampilan dalam filem The Assistant yang dihasilkan dan diarahkan oleh Adrian Teh (Paskal, Wira) dan Act 2 Pictures.

Hanis yang juga isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu mengakui agak kekok untuk beraksi di hadapan kamera kerana sudah lama tidak ke set penggambaran. Dia terpaksa memperbanyakkan latihan lakonan sebelum memulakan penggambaran.

Memetik laporan mStar, ibu kepada dua orang anak itu sendiri terkejut dengan dirinya kerana boleh menerima tawaran untuk berlakon dalam filem aksi. Walaupun adegan membabitkan dirinya hanya sekejap namun Hanis tetap harus memberikan lakonan yang baik.



"Mulanya saya tak nak buat sebab sudah lama tak berlakon. Selepas berkahwin saya tidak lagi ambil sebarang tawaran berlakon. Saya muncul dalam filem ini pun sebab nak sokong Hairul. 

"Dia adalah orang yang paling gembira apabila saya menerima tawaran berkenaan," katanya dalam satu temu bual.

Tambahnya lagi, kelainan jalan cerita yang ditonjolkan dalam filem The Assistant membuatkan Hanis rasa rugi seandainya menolak peluang berkenaan. Tambahan pula, kesempatan untuk melakonkan babak aksi tidak selalu datang.


"Walaupun muncul sekejap sahaja tetapi saya kena perform juga. Hanya selepas melakonkan babak aksi barulah saya faham kenapa Hairul perlu training selama tiga bulan sebelum memulakan penggambaran.

"Saya sempat jugalah masuk latihan sekejap tapi tak sempat nak fit sebab saya ada banyak benda lain nak kena uruskan. Tetapi, saya usaha berikan yang terbaik.

"Saya tak nak minta Hairul ajar sebab ada rasa malu dan manja-manja sikit. Berlainan kalau belajar dengan orang yang lain," katanya. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 13-5-2022 12:25 PM
Dia ni kalau tak berlakon dah ok. Dahler lakonan semua kejung, sedih-happy sama je muka.
Quote auntyonion 13-5-2022 12:33 PM
Nextt please
Quote pencintaABC 13-5-2022 12:43 PM
Sejenis senduk jugak keknis ni.
Quote orglama 13-5-2022 12:46 PM
dia ni pernah berlakon ke sblm ni?
Quote dejure 13-5-2022 12:52 PM
orglama replied at 13-5-2022 12:46 PM
dia ni pernah berlakon ke sblm ni?

Hari tu ada tertengok drama dia cerita Ank patung arahan si mike tu,aiyooo bodohnya lakonan dia.
Quote Plain-tif 13-5-2022 12:59 PM
Hashtag tak menahan
Quote prizadane 13-5-2022 01:01 PM
Sedih. Kalau berlakon jadi tunggul mungkin sesuai.
Quote Normabaru 13-5-2022 01:01 PM
Gemoknye tokti kat blkg video..hampir xkenal td Siapa..mujur ada tok misai kt sebelah
Quote kikyou 13-5-2022 01:09 PM
Normabaru: Gemoknye tokti kat blkg video. ...


Gigih I tengok balik. Hahahah.
Quote uori 13-5-2022 01:15 PM
kekok bendanya, teruskanlah dengan lakonan kayu tu
Quote TerataiMelur02 13-5-2022 01:42 PM
Basicnya
Quote lyshafull 13-5-2022 01:48 PM
better stay jadik suri rumah muka kejut xde perasaan ... x faham arah tujuan hidup dia kejp nk niaga kejap nk jadik surirumah kejao nk mengecaraa kejap nk berlakon buat kerja x pernh habis semua separuh2 tu pun kayaaa
Quote SherryZass 13-5-2022 02:40 PM
Walaupun adegan membabitkan dirinya hanya sekejap namun Hanis tetap harus memberikan lakonan yang baik.
Watak apa yg sheolls berlakon tu? watak acik lalu lalang ke?
Quote innocentsangat 13-5-2022 04:40 PM
Like her better dari penunggang agama terpaling humble brag. Hahaha.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048693 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top