CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Lama Tak Tengok Pak Hamid, Walaupun Sakit Masih Lagi Buat Lawak"

12-5-2022 06:18 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3369| Komen: 27|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Roy Azman


Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita mengenai pelakon dan pelawak veteran iaitu Hamid Gurkha yang sedang kini sedang uzur dan terlantar di katil sejak dijangkiti COVID-19 beberapa bulan yang lalu. .

Walaupun tidak sihat, Pak Hamid tetap berpuasa penuh di sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua, Pak Hamid tidak mempunyai sebarang penyakit yang kronik cuma pendengarannya kurang jelas kerana faktor usianya yang sudah lanjut. 



Terbaru ini, pelakon veteran popular Roy Azman telah berkongsikan video terbaru mengenai Pak Hamid. Menerusi posting tersebut, kelihatan pelakon ini telah menziarahi Pak Hamid di rumahnya. 

Walaupun sakit, kelihatan Pak Hamid masih tetap mesra dan kekal tersenyum sambil melayani Roy. Dalam video ini juga, Pak Hamid telah menunjukkan kembali aksi 'Kuda longkang' yang pernah dilakonkannya satu ketika dahulu. Roy juga mengambil kesempatan itu untuk memberikan kata-kata semangat supaya Pak Hamid kekal kuat dan ceria.

Sumber: Instagram Roy Azman

Kami mendoakan semoga Pak Hamid sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Semoga Tuhan mengangkat sakit Pak Hamid dan sentiasa berada dalam rahmatNya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-5-2022 09:00 PM
Semoga pakmid sentiasa sihat2 hendakNya
Quote cap_ayam 12-5-2022 09:30 PM
Comel kan Pak Hamid semoga sihat2 selalu..
Quote Mulotkoyak 12-5-2022 10:22 PM
Teringat citer die dgn Dharma, pegi gosok gigi ikan. Kih3. Semoga tok hamid sehat selalu. Dimurahkan rezeki. Kne kuat tok hamid.
Quote Nenasketum 12-5-2022 10:28 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan Pak Mid dan keluarga.
Quote bellaamsar 12-5-2022 11:02 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan. Suka dia ni sbb klaka..
Quote nubook 12-5-2022 11:40 PM
Suka tgk pak cik hamid berlakon. Moga Allah panjangkan umur dan sentiasa kurniakan kesihatan yang baik pada hamid gurkha..
Quote Orix 13-5-2022 12:52 AM
Iols teringat zaman VCD mendoniaa, ada 1 cerita tajuk dia Berlagak. Byak kali iols repeat cite tu bila bosan kt rumah. Hamid Gurkha ni lah berlakon. Ms dlm cite pun ms tu rs cm tua dah dia. Then lepastu mak iols cakap Hamid Gurkha ni buta huruf, dia berlakon dialog spontan je ikut scene. Ms tu rs wowww hebatnya. Semoga pak hamid gurkha sihat sentiasa
Quote rainbowrainz 13-5-2022 12:59 AM
Semoga pak Hamid dlm lindungan Allah swt selalu.. aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Quote Farhaz 13-5-2022 02:16 AM
Mulotkoyak: Teringat citer die dgn Dharma, ...



Me pun tgk pak hamid je terus teringat babak tu.. Hahaha
Quote lasagna 13-5-2022 08:27 AM
tak silap prnh dgr pak hamid prnh ckp dia tak mau 'pengiktirafan' dlu dlm satu rancangan.. ada jer nk bg dia tolak. yg terima tittle sesaing pak hamid adalah arwah datuk yahaya sulong, arwah bertittle pun masih hidup susah juga. so berbaloi ke tittle pengiktirafan? pak hamid ni ramai org sekeliling, bahagia jer tgk walaupun dah tua, moga pak hamid sihat2 hendaknya.
Quote taji2906 13-5-2022 08:35 AM
tagline dia yg selalu aku ingat
"kalau tak pahit, bukan tongkat ali namanya"

pastu kat melodi dulu kot dia ada cakap
"kalau orang kata lawak saya lawak bodoh, saya peduli hapee!"

semoga diberi kesembuhan pada pak hamid
Quote sweetfasha 13-5-2022 08:37 AM
suka tengok pak hamid berlakon. spontan je.. baru ni tengok citer toyol.. selamba je pak mid

moga pak mid diberi kesembuhan dan keluarganya dipermudahkan segala urusan
Quote kucingitam 13-5-2022 08:52 AM
Mulotkoyak replied at 12-5-2022 10:22 PM
Teringat citer die dgn Dharma, pegi gosok gigi ikan. Kih3. Semoga tok hamid sehat selalu. Dimurahkan ...

haha..kang blue...
Quote da_lynn 13-5-2022 09:12 AM
Paling I ingat dia masuk roda impian
"Saya pilih F untuk MAAF" terkekek semua org masa tu
Quote prince_marhaen 13-5-2022 09:23 AM
da_lynn replied at 13-5-2022 09:12 AM
Paling I ingat dia masuk roda impian
"Saya pilih F untuk MAAF" terkekek semua org masa tu

hahahahahahaha! meols pun ingat moment tu sebab memang kebetulan tengah layan Roda Impian tu.... semua macam terpinga-pinga kejap bia dia confident mintak "F untuk MAAF"...lepas tu semua gelak gila-gila...dia lucu sangat.. meols ada ingat satu lagi dialog sampai skrg meols guna ikut gaya Pak Hamid " ....Dah lambattt dahhhh".. hahaha
Quote KamikuP 13-5-2022 10:19 AM
Teringat filem Talak dia jadi cina buta kawen ngan Noreen Nor pastu tak jadi cerai sbb Noreen suka Pak Hamid.. maka berputih matalah bang Dharma... ekekeke
Moga Pak Hamid senantiasa dlam rahmat Allah. AAmin
Quote ezacbee 13-5-2022 11:17 AM
KamikuP replied at 13-5-2022 10:19 AM
Teringat filem Talak dia jadi cina buta kawen ngan Noreen Nor pastu tak jadi cerai sbb Noreen suka P ...

Esoknya bercerai talak 1 gak. Sbb dia kotakan janji utk bercerai esoknya. Duit pampasan tu dibagi ex wife (Noreen Noor) utk nafkah. Ending Johan (Dharma) & Liza (Noreen Noor) pun sedia rujuk. Cian Hamid tapi dia puas laa malam tu..
Quote da_lynn 13-5-2022 12:10 PM
prince_marhaen replied at 13-5-2022 09:23 AM
hahahahahahaha! meols pun ingat moment tu sebab memang kebetulan tengah layan Roda Impian tu.... s ...

Dah lambat dah tu cerita apa uols?
Apa2 pun pak hamid ni legend.
Dulu masa sekolah rendah selalu gak nampak dia jemput cucu dia balik sekolah. Iols satu sekolah rendah dgn cucu dia dulu  
Quote hotmak 13-5-2022 12:11 PM
amin, kesiannya post covid ke jadi tak sihat tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047067 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top