Bagi menjayakan watak untuk 'content' filem pendek di YouTube, pelakon Syazwan Zulkifly, 34, kini tampil berani dengan lukisan tatu di kedua-dua belah tangannya.
Syazwan ditemui pada sidang media virtual drama Ada Apa Dengan Saka di TV3, berkata dia memakai lukisan tatu itu hanya disebabkan tuntutan kerjanya sebagai pelakon saja. "Lukisan tatu yang ada pada tangan saya ini boleh ditanggalkan dan pakai untuk kerja saja. Saya ada terbabit dalam 'content' sebuah filem pendek di YouTube. Lagipun, saya seorang Islam dan takkan nak pakai tatu kekal pula. Memang tak buatlah.
"Saya juga ada ibu bapa di kampung yang sudah mendidik saya dengan ilmu agama. Jadi, saya tahu batasnya dan tak akan buat keputusan sesuka hati yang boleh menyedihkan mereka. Saya tetap berpegang teguh dengan Islam dan takkan membelakangkan agama," katanya kepada Harian Metro. Menurut Syazwan, lukisan tatu itu akan dibuang segera selepas urusan lakonannya selesai.
|
Jajuli replied at 12-5-2022 07:29 PM
Tapi melayu Singapore suka bertatu ni ,orang cina pun pandang negatif pada yg bertatu ni gangster ka ...
imransulaiman replied at 12-5-2022 09:35 PM
Tak perlu mention ajaran agama...sebab kalau betul dia tahu ajaran agama, tatu yang tak kekal pun ta ...
Jajuli replied at 12-5-2022 07:29 PM
Tapi melayu Singapore suka bertatu ni ,orang cina pun pandang negatif pada yg bertatu ni gangster ka ...
misz_sanggul replied at 13-5-2022 08:38 AM
wpun x suke attitude die...lakonan die amat bagus..pernah jumpe kt luar sama je
ADVERTISEMENT