Itu adalah ujian untuk keluarga kami. Bagi saya, yang salah tetap salah. Semoga kita semua mendoakan yang baik-baik untuk ayah saya,".
Demikian kata-kata Fareez Fauzi mengenai bapanya, pelakon Fauzi Nawawi yang sering berdepan kecaman masyarakat. Fareez, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan Fauzi berkata, dia menyedari nama ayahnya agak panas berikutan sering terbabit dengan isu kontroversi sebelum ini. "Perasaan malu tiada kerana nak buat macam mana ayah dah buat salah. Manusia ini tak sempurna. Yang penting saya kena sokong ayah.
"Dia sebenarnya seorang yang okey dan tak suka marah. Tapi kalau dia dah marah, memang betul-betul marah. Saya pula dulu kuat melawan. "Tapi apabila bergelar ayah, saya lebih menghormati dia. Apa yang dilakukan adalah untuk mendidik kita," katanya kepada Harian Metro.
|
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
22-5-2022 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.078135 second(s), 28 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.