View: 3126|Reply: 17
|
Penuh Tatu Di Kedua-Dua Belah Tangan Syazwan Zulkifly
[Copy link]
|
|
Bagi menjayakan watak untuk 'content' filem pendek di YouTube, pelakon Syazwan Zulkifly, 34, kini tampil berani dengan lukisan tatu di kedua-dua belah tangannya.
Syazwan ditemui pada sidang media virtual drama Ada Apa Dengan Saka di TV3, berkata dia memakai lukisan tatu itu hanya disebabkan tuntutan kerjanya sebagai pelakon saja.
Add Image Caption Here
"Lukisan tatu yang ada pada tangan saya ini boleh ditanggalkan dan pakai untuk kerja saja. Saya ada terbabit dalam 'content' sebuah filem pendek di YouTube. Lagipun, saya seorang Islam dan takkan nak pakai tatu kekal pula. Memang tak buatlah.
"Saya juga ada ibu bapa di kampung yang sudah mendidik saya dengan ilmu agama. Jadi, saya tahu batasnya dan tak akan buat keputusan sesuka hati yang boleh menyedihkan mereka. Saya tetap berpegang teguh dengan Islam dan takkan membelakangkan agama," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Syazwan, lukisan tatu itu akan dibuang segera selepas urusan lakonannya selesai.
Katanya, nak buang pun tak susah kerana ia mudah hilang apabila terkena air dan digosok dengan sabun.
Ditanya juga mengenai drama Ada Apa Dengan Saka yang bergenre komedi seram itu, Syazwan berkata ia karya yang bagus tetapi menjadi 'mimpi ngeri' kepadanya kerana pertama kali dimasukkan ke hospital.
"Dah lama saya berlakon dan drama ini memberi pengalaman yang takkan saya lupa seumur hidup kerana dimasukkan ke hospital selama empat hari akibat jangkitan kuman di paru-paru pada Januari lalu.
"Saya tak tahu macam mana dan dari mana dapat jangkitan itu, tetapi saya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba ketika di lokasi penggambaran. Ia nyata pengalaman buruk buat saya," katanya lagi.
Menurut Syazwan, sepanjang usianya yang kini mencecah 34 tahun, dia memang tidak pernah dimasukkan ke dalam wad di hospital kerana sakit.
Ujarnya, pengalaman bermalam di hospital selama beberapa hari itu dirasakan amat menyeramkan.
Menerusi drama Ada Apa Dengan Saka, Syazwan melakonkan watak Madi dan berganding dengan penyanyi, pelakon, pengacara serta penyampai radio, Shiha Zikir.
Katanya, dia selesa berlakon dengan Shiha walaupun pertama kali mereka digandingkan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi melayu Singapore suka bertatu ni ,orang cina pun pandang negatif pada yg bertatu ni gangster katanya, tu pun aku Tenggok drama cina ckp MCM tu |
|
|
|
|
|
|
|
200++ minggu yang lepas pun ade je die up gmbr konon2 bertatu ni.
Nothing new pun.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu mention ajaran agama...sebab kalau betul dia tahu ajaran agama, tatu yang tak kekal pun tak boleh sebenarnya sebab masih juga "menyerupai".
Kalau nak sentuh bab ajaran/didikan agama, kau boleh tolak job tu. Banyak lagi punca rezeki lain.
Ke sebab kau tak dapat job lain dah sebab tu kau terima je apa yang ada...?
#done_tazkirah |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman: Tak perlu mention ajaran agama ...
10000000 kali setuju dan sokonggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Jajuli replied at 12-5-2022 07:29 PM
Tapi melayu Singapore suka bertatu ni ,orang cina pun pandang negatif pada yg bertatu ni gangster ka ...
Tak perlulah nak sebut melayu mana yg gigih bertatu...kalau dah iman tk kuat kat mana2 melayu pon buat tatu..berzina..minum arak, main judi..ambil dadah..dan makan rasuah..itu semua kategori haram bukan saja bertatu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jawab je la tu tattoo tipu. sembang kari bab agama. choiii |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak cakap yang sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
wpun x suke attitude die...lakonan die amat bagus..pernah jumpe kt luar sama je |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon best to attitude |
|
|
|
|
|
|
|
bangga sangat la tu. this kind of things la yg buat budak2 muda teringin sangat2 nak ada tattoo. do they care about the rest of the news? no. do they care about ajaran agama yg diorang dah mmg belajar? no. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ramai kenenkan dengan wan sharmila..btw iollss approve jah sbab nampak dorang ada chemistry |
|
|
|
|
|
|
|
Jajuli replied at 12-5-2022 07:29 PM
Tapi melayu Singapore suka bertatu ni ,orang cina pun pandang negatif pada yg bertatu ni gangster ka ...
Melayu singapore masih ada yg betul2 ikut ajaran islam ke? Majority mcm ke arah liberal. Dan melayu SG mmg sinonim dgn tatu since 10y ago lg. |
|
|
|
|
|
|
|
berlakon power. attitude hauk.. so maintain minat lakonan jela yee.. |
|
|
|
|
|
|
|
So setiap kali nak solat, tatu tu akan hilang dn akan dilukis semula berkali2 kan? |
|
|
|
|
|
|
|
misz_sanggul replied at 13-5-2022 08:38 AM
wpun x suke attitude die...lakonan die amat bagus..pernah jumpe kt luar sama je
Punggung dia mantap..suka tgk klu dia pakai seluar ketat |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak aku kalau nmpk muka dia kat tv terus tukar siaran lain...kakak aku kata aura panas lain mcm...muka dia nmpk mcm.
org panas baran... |
|
|
|
|
|
|
|
urm sejenis batak jer suka kan ada benda tu...sbb tu nak menayang...duhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|