MELAKA: Gara-gara berebut kereta untuk pergi beraya, seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan abang kandungnya menggunakan pisau sehingga parah pada pagi Hari Raya Aidilfitri, 2 Mei lalu.
Tertuduh, Nabil Sarip, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap abang kandungnya, Muhamad Farok Sarip, 38, menggunakan sebilah pisau pemotong ayam.
Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 10 pagi di Taman Tanjung Minyak dalam daerah Melaka Tengah. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. Sabit kesalahan, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pusat boling boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat. Difahamkan kejadian berlaku selepas tertuduh dan mangsa bertengkar gara-gara berebut kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik ibu mereka untuk pergi beraya. Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari memohon agar jaminan tidak diberikan dengan mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang beralamat sama dengan tertuduh. Tertuduh yang diwakili Peguam Amrit Singh merayu nilai jaminan direndahkan dengan alasan perlu menanggung ibu bapa yang uzur. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa dalam apa juga cara. Hakim kemudian menetapkan 7 Jun depan sebagai sebutan semula kes. -CARI Sumber: Utusan Online
|
mejaputih: disebabkan baran....
Buritan replied at 12-5-2022 04:32 PM
Sbb tuu aku tarak mo jumpa siblings aku.. kot kot aku terparang kan depa.. rugi akuuuu.. aku masuk ...
Buritan replied at 12-5-2022 04:32 PM
Sbb tuu aku tarak mo jumpa siblings aku.. kot kot aku terparang kan depa.. rugi akuuuu.. aku masuk ...
kepompong replied at 12-5-2022 05:03 PM
mehla jumpa i… i takkan buat u parangkan i
pooh~key replied at 12-5-2022 05:09 PM
Sis akak doakan kau lama2 dapat lupakan kisah silam dan akhirnya berbaik dengan theols yach sister ...
Buritan replied at 12-5-2022 04:32 PM
Sbb tuu aku tarak mo jumpa siblings aku.. kot kot aku terparang kan depa.. rugi akuuuu.. aku masuk ...
mejaputih replied at 12-5-2022 05:23 PM
betul, better elakkan bertembung takut jadi benda lain...
Buritan replied at 12-5-2022 05:10 PM
Dgn ko aku takde dendam ape pung.. ko pung tak salah ape pung kat aku .. takat singgung ayat kat f ...
batmana replied at 12-5-2022 05:28 PM
Untung kot dpt jaga mak pak..dia rugilah kt akhirat nnti.. pahala jaga org tua.lagi tinggi daripad ...
ADVERTISEMENT