CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jujurnya, Bekas Asnaf Mohon Bantuan Zakat Dihentikan Sebab Pendapatan Dah Stabil

12-5-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9492| Komen: 167

Description: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memuji tindakan seorang individu memaklumkan ingin menghentikan bantuan yang diterima kerana telah stabil.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memuji tindakan seorang individu memaklumkan ingin menghentikan bantuan yang diterima kerana telah stabil.

LZS dalam satu hantaran di Facebook berkata, perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh individu berkenaan yang menyatakan ada yang lebih layak daripada dirinya untuk menerima bantuan terbabit.

Menurutnya, lelaki tersebut yang sebelum ini bekerja sebagai pembaiki barangan elektronik berpendapatan sekitar RM1,300 menanggung tiga orang anak dan seorang isteri yang tidak bekerja.

Foto: FB

“Walaupun berat hati untuk memohon zakat, tapi dia terpaksa memohon atas faktor kesihatan dan perlu menjalani pembedahan esofagus yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja.


“Tetapi alangkah terkejut kami apabila dimaklumkan sendiri olehnya bahawa dia ingin keluar daripada Zakat Selangor kerana sudah stabil dan terdapat golongan yang lebih layak berbanding dirinya,” katanya.

Tambahnya lagi, LZS turut memuji perwatakan lelaki terbabit yang disifatkan sangat merendah diri dan jujur kerana tahu akan haknya ketika bergelar seorang asnaf dahulu.

“Semoga Allah permudahkan dan suburkan rezeki beliau sekeluarga sepanjang zaman atas sifat jujur yang beliau tunjukkan. Moga menjadi teladan buat kita semua,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 12-5-2022 04:52 PM
wahh kagumnyaa. semoga dimurahkan rezeki buat beliau..
Quote mejaputih 12-5-2022 05:29 PM
semoga dilimpahi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat, org yg jujur mcm ni 1 dalam sejuta kot...sejuk ibu yang mengandungkannya...
Quote jas7512 12-5-2022 05:49 PM
Alhamdulillah..we need more org jujur mcm ni..xde nak ambil hak org lain
Quote kasibiman 12-5-2022 06:11 PM
Tahniah atas keikhlasan anda.
Quote Artemesiaa 12-5-2022 06:13 PM
Bagusnya bolehlah salurkan pada orang lain bahagiannya tu
Quote Orenn1 12-5-2022 06:30 PM
Boleh tak aku nak cerita psl kes aku pulak, taktahulah bragging ke tak bragging lol tp bagi aku ini adalah perkara biasa. Last year aku dibayar bonus sampai dua kali, sepatutnya amount tu aku terima sekali je tp next month nya terima lagi. Bila tgk payslip aku pun pening tak faham nape aku kena dpt duit tu, so aku pun tulis email kat acc department bagitahulah aku tak faham psl amount tu n hope it was not a mistake n they might want to check it out, then aku dpt email thank u bery much for d info, unfortunately it was a mistake, we regret bla bla next moth salary akan dipotong balik balik katanya. Tapi aku puas hati sbb hidup dlm ketenangan, hidup dgn prinsip, bila bukan hak kita kita taknak ambil. Tenang hidop mcm ni.  
Quote Nnoor2 12-5-2022 06:47 PM
Orenn1 replied at 12-5-2022 06:30 PM
Boleh tak aku nak cerita psl kes aku pulak, taktahulah bragging ke tak bragging lol tp bagi aku ini  ...

Terbaik oren...noor mmg tahu oren seorang yg sgt jujur...cth masa kita gaduh dgn sekor supermod tu pun boleh nampak sapa yg jujur sapa yg berbelit2 menipu..

Friend forever
Quote mojarean_X 12-5-2022 07:33 PM
Orenn1 replied at 12-5-2022 06:30 PM
Boleh tak aku nak cerita psl kes aku pulak, taktahulah bragging ke tak bragging lol tp bagi aku ini  ...

Hebatnya integriti kaka. Salute
Quote belacan_gurl 12-5-2022 07:41 PM
Orenn1 replied at 12-5-2022 06:30 PM
Boleh tak aku nak cerita psl kes aku pulak, taktahulah bragging ke tak bragging lol tp bagi aku ini  ...

Terbaik...
Quote asfaz 12-5-2022 07:45 PM
Alhamdulillah terbaik sikap dia. Susah nak cari yg jujur macam ni.semoga sentiasa dilimpahkan rezeki tak putus2.

Tiber teringat kisah pompuan yg mak dia uzur tu.apa sambungan cerita dia?
Quote darkness 12-5-2022 07:53 PM
Orenn1 replied at 12-5-2022 06:30 PM
Boleh tak aku nak cerita psl kes aku pulak, taktahulah bragging ke tak bragging lol tp bagi aku ini  ...

Kann oyen. Rasa puas hati yg tak tau mcmna nak luah sb kita ada buat benda baik.
Quote faraway1 12-5-2022 08:34 PM
Mulianya dia, harap rezeki bertambah luah....
Quote makita 12-5-2022 08:52 PM
Sebenarnya kan, penerima terima zakat ni berserta tanggungjawab.
Quote imransulaiman 12-5-2022 09:18 PM
Orenn1 replied at 12-5-2022 06:30 PM
Boleh tak aku nak cerita psl kes aku pulak, taktahulah bragging ke tak bragging lol tp bagi aku ini  ...

Jujurnya awak... Semoga akan mendapat rezeki melimpah ruah... Aaamiin.

Dia macam lah jugak bila kita beli barang kat kedai, cashier terlebih pulangkan baki duit. Kita inform cashier. Hati kita rasa legaaaaaa yang amat. Small amount...tapi kita rasa puas!
Quote batu kikir 12-5-2022 10:36 PM
Alangkah baiknya ahli politaik sejujur bekas asnaf ni.
Quote cmf_jeangrey 13-5-2022 01:42 AM
Benda luar biasa ni...yg biasa kita dengar manusia tamak...dlm kantung berbillion pun dia rasa x cukup lagi...

Semoga si penerima zakat tu dikurniakan rezeki berpanjangan dan dijauhkan dr kefakiran..

Quote matjerk 13-5-2022 01:47 AM
Orenn1: Boleh tak aku nak cerita psl k ...

Kalau bonus sepatutnya dpt sekali.. tp kamu dpt 2 kali.. memang wajib ke atas kamu utk bertanyakan kenapa... takut ia adalah kesilapan... kalau silap..haram bagi kamu menggunakannya.. bagi saya ia adalah perkara wajib ke atas kamu utk mendapatkan klarifikasi...

Ibarat hang gaji dpt 7000 tp bulan tu 14000... mmg x boleh didiamkan.... klu di diamkan.. n hang bg anak2 makan plak duit tersilap tu.. jadi darah daging... nayzubillah.. klu bala turun ke atas hang x pa... tp takut ia turun ke anak cucu..
Quote Orenn1 13-5-2022 04:19 AM
Nnoor2 replied at 12-5-2022 06:47 PM
Terbaik oren...noor mmg tahu oren seorang yg sgt jujur...cth masa kita gaduh dgn sekor supermod tu ...

thanks noor tp jgn puji melambung sgt aku bukan perfect. Tp part supermod fc tu mmg tak disangka yach manusia yg berlagak terlalu baik depan foeumers belakang taber punya jahat mcm syaithonirrajjim, kuat melaga2 kan org, kuat bergossip psl org mengutuk berdengki bagaii, dasatt dia punya lakonan baik, ala2  ct nurhaliza baru muncul dulu punya lemah lembut sopan santun lemah gemalaii ujung rampas laki org lol
Quote Orenn1 13-5-2022 04:20 AM
mojarean_X replied at 12-5-2022 07:33 PM
Hebatnya integriti kaka. Salute

aku cuma buat benda yg betul

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058050 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top