Seperti yang kita tahu, untuk bayi yang di bawah usia 6 bulan, hanya susu sahaja yang menjadi makanan harian mereka, tidak kira sama ada susu ibu atau susu formula. Tetapi baru-baru ini, satu video telah dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Alya. Menerusi video itu, kelihatan seorang ibu dari Indonesia menunjukkan perbuatan ibu mentuanya yang membuatkan ramai berang.
Video itu menunjukkan seorang bayi kecil telah disuap bubur oleh ibu mentuanya. Wanita ini berkata dia berasa sangat bersalah dengan apa yang berlaku kepada anaknya yang baru berusia 3 hari itu tetapi dia tidak mampu untuk melawan ibu mentuanya. Dalam video itu juga kelihatan ibu mentua Alya telah beberapa kali cuba untuk menyuapkan bubur kepada anaknya. Walaupun anaknya tidak dapat menelan bubur itu, ibu mertuanya tetap menyuap bubur itu kembali ke dalam mulut cucunya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat marah dengan tindakan ibu mertua wanita itu. Ramai golongan ibu yang tegas meminta wanita itu melawan tindakan ibu mertuanya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. |
ADVERTISEMENT