Gara-gara sengaja menghasilkan video muzik (MV) raya yang mencetuskan kontroversi, usahawan tempatan terkenal, Datuk Seri Vida akur untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini.
Perkara itu dikongsikan oleh Vida menerusi satu hantaran di Instagram malam tadi dengan antara lain menyebut bahawa dia akan menuruti arahan SKMM tersebut setelah mengetahui terdapat pihak yang melaporkan tentang MV tersebut kepada pihak berkuasa. “Saya tak tahulah nak cakap macam mana sebenarnya. Untuk MV lagu Muah Muah Raya itu, saya sebenarnya tak adalah promo sangat setelah Datuk Aliff Syukri dah dipanggil oleh SKMM sebelum ini.
“Tapi, untuk pengetahuan, saya dah buat benda ini sebelum Aliff Syukri lagi. Tapi tetap kena panggil, maka saya kena pergilah ke sana untuk diambil keterangan berhubung lagu Muah Muah Raya itu. “Saya ini pun sedang dalam keadaan tak sihat.Sakit kepala tapi saya akan turuti arahan SKMM itu. Saya cuma fikir, apa yang saya buat itu sebagai hiburan saja, bukan apa-apa. Tapi ada orang yang melaporkan,”katanya.
|
babelina replied at 12-5-2022 11:18 AM
mengada merapu la ko vida ngn alip nie..
tlg la.. ada duit buat la benda2 yg elok..
MatDeghem replied at 12-5-2022 11:52 AM
ini lah bila kaya hasil duit haram. jadi tak karuan.
sama macam kapel terpaling malaya
Perawankota replied at 12-5-2022 12:56 PM
Cik b tu masa kecik sikit punya comel.. Kenapalah dah besar ni teruk sgt
ADVERTISEMENT