CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiara Jacquelina Sedih, "Baru Nak Bernyawa Lepas Enam Bulan Tutup, Kena Banjir Pula"

12-5-2022 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6599| Komen: 53

Description: Puan Seri Tiara Jacquelina, tidak menolak berasa hampa setelah pusat percutian miliknya, Tiarasa Escapes Glamping Resorts yang terletak di Janda Baik, Pahang, turut terjejas akibat banjir kilat.
Puan Seri Tiara Jacquelina, tidak menolak berasa hampa setelah pusat percutian miliknya, Tiarasa Escapes Glamping Resorts yang terletak di Janda Baik, Pahang, turut terjejas akibat banjir kilat.


Menurutnya, banjir kilat yang melanda semalam merupakan antara yang terburuk berbanding yang berlaku pada Disember lalu dan ia memberi tekanan kepadanya dan pihak pengurusan resort untuk membuat proses membaik pulih.

Foto: IG

“Baru saja nak bernyawa selepas enam bulan terpaksa ditutup berikutan dilanda bajjir kilat Disember lalu semasa pandemik. Elok-elok kami sedang cuba untuk bangkit semula, terkena banjir kilat lagi.

“Sepanjang empat tahun kami beroperasi dan dalam sejarah di Janda Baik, nampaknya ini adalah yang paling buruk pernah berlaku. Ia sangat menyedihkan, menghampakan dan tidak menyenangkan,”katanya.

Tiara berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram malam tadi selain turut berkongsikan beberapa keratan video ringkas yang memaparkan keadaan di resortnya yang terjejas akibat banjir.



Bagaimanapun, kata Tiara, lokasi Tiarasa Escapes sedikit bertuah kerana terletak di kedudukan tinggi dan tidak begitu teruk terjejas berbanding beberapa lokasi resort lain berdekatan.

“Sedih sangat bila tengok video resort dan tempat penginapan lain. Hanyut dibawa arus, tenggelam dibawah lumpur. Tabahlah komuniti Janda Baik.

“Apa pun, perkara ini tidak harus terjadi lagi. Saya harap pihak berkuasa yang sepatutnya akan membuat pemeriksaan untuk semua aktiviti yang tidak bertanggungjawab yang berlaku di kawasan itu, yang telah menyebabkan keadaan ini terjadi terhadap kami, komuniti Janda Baik,”katanya.



Dalam pada itu, jelas Tiara lagi, ekoran banjir yang berlaku, pihaknya juga terpaksa menutup resort berkenaan selama tiga hari dalam usaha membaik pulih sistem saluran air di kawasan tersebut.

“Kami telah meminta tetamu-tetamu kami untuk pulang dan datang semula pada hari lain untuk kembali bercuti di resort ini. Untuk hari ini, pasukan kami telah berusaha sedaya upaya untuk membersihkan kawasan yang telah terjejas akibat lumpur.



“Insya-Allah, Janda Baik dan Tiarasa akan bangkit semula dengan lebih baik selepas ini. Kami juga akan berusaha membuat persediaan lebih baik lagi pada masa akan datang jika ‘Mother Nature’ nak mengamuk lagi seperti ini,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 12-5-2022 12:32 PM
Kalo golongan kaya ni reti heart broken..apatah lagi mangsa yg b40 kan? Dup dap dup dab tiap kali hujan
Quote kotakominami 12-5-2022 12:44 PM
Bila kawasan hutan ditarah buat rumah percutian org kaya2....buat tempat penginapan, resort, villa......ko rase?  
Quote mizruncing 12-5-2022 12:52 PM
kaya dia ni.. tiarasa ni mmg tempat org have have je holiday.. bertabah lahhh
Quote Perawankota 12-5-2022 12:54 PM
Sebenarnya tanah2 dorang buat resort ni tanah dorg or bukan?
Quote Orix 12-5-2022 01:09 PM
tunjuk la gmbar nk tgok gak teruk mana tahapnya
Quote rospinki 12-5-2022 01:24 PM
2 kali dh kena banjir baik jgn buat projek kat situ..azalinya janda bai hnya utk janda2 baik saja..lari
Quote bambimbom 12-5-2022 01:27 PM
tgk kat igs faz.. dia pun kena patah balik dr holiday kat sini
Quote stingerflank2 12-5-2022 01:27 PM
rospinki replied at 12-5-2022 01:24 PM
2 kali dh kena banjir baik jgn buat projek kat situ..azalinya janda bai hnya utk janda2 baik saja..l ...

Janda baik yg lari ini kategori jika tak dapat dimiliki akan rugi, tapi bila dah dapat miliki, akan menyesal diri kewww?


Kahkahkahkahkaj
Quote stingerflank2 12-5-2022 01:28 PM
Count your blessings tiara....

Laki kurang didik isu ini kewww?
Quote doubleA 12-5-2022 01:36 PM
Sebab pembalakan dan ketamakan manusia kan. Kesian org kampung yg dah berpuluh tahun duduk situ, tak pasal rumah asyik naik air
Quote kotakominami 12-5-2022 01:36 PM
Perawankota replied at 12-5-2022 12:54 PM
Sebenarnya tanah2 dorang buat resort ni tanah dorg or bukan?

Ntahla....sebab byak yg have2 ade tanah kt sini.tak pasti pakej kurnia sekali dgn gelaran dato ke camne...kalau beli pon bayar kepada siapa sebab dia asal hutan kan......
Quote SalenaGomez 12-5-2022 01:36 PM
kotakominami replied at 12-5-2022 12:44 PM
Bila kawasan hutan ditarah buat rumah percutian org kaya2....buat tempat penginapan, resort, villa.. ...

Area janda baik n berdekatannya mmg banyak tanah kena tarah utk pertanian juga

So x pelik kalau banjir happen kat janda baik which rasanya sblm ni x pernah kot jadi
Quote Incanto 12-5-2022 02:54 PM
kotakominami replied at 12-5-2022 01:36 PM
Ntahla....sebab byak yg have2 ade tanah kt sini.tak pasti pakej kurnia sekali dgn gelaran dato ke  ...

dah lama ada Kampung Janda Baik

cuma tahun 80an gitu start  org KL buat rumah percutian kat sana,
atok aku pun ada buat rumah kecik tepi sungai, ada kebun. Masa sekolah dulu aku selalu pergi sana hujung minggu, mandi sungai best sbb air sejuk dan jernih

Masa tu tanah di sana murah je.

Lepas VVIP bnyk buat rumah, harga tanah pun naik

tapi skrg dah bnyk resort dan rumah besar , rasa tak best sbb ramai orang. Cuaca pun dah tak sejuk mcm dulu dulu. Aku pun dah lama tak pergi



Quote kotakominami 12-5-2022 03:08 PM
Incanto replied at 12-5-2022 02:54 PM
dah lama ada Kampung Janda Baik

cuma tahun 80an gitu start  org KL buat rumah percutian kat sana,

Yang kampung tu iyelah lah....tapi yg tempat vvip ni buat villa semua kat belah atas tu tanah diorang beli ke tanah kurnia?
Quote Perawankota 12-5-2022 03:31 PM
kotakominami replied at 12-5-2022 01:36 PM
Ntahla....sebab byak yg have2 ade tanah kt sini.tak pasti pakej kurnia sekali dgn gelaran dato ke  ...

Maybe gak kan.. Tapi yg kes tanah Aina tu kan katanya ceroboh tanah kerajaan buat resort..
Quote cicicumel 12-5-2022 03:35 PM
Yg rumah bonda tu bkn ke jnda baik gak
Quote anony-mous 12-5-2022 03:47 PM
mizruncing replied at 12-5-2022 12:52 PM
kaya dia ni.. tiarasa ni mmg tempat org have have je holiday.. bertabah lahhh

Kan. Tujuan tmpt2 ni kena tarah sbb nk bgnkn another tmpt mcm tiarascape ni la. Semua tamak last2 xdpt apa
Quote Kancilkering 12-5-2022 03:47 PM
macam kat langat….sampai sekarang bersisa juga impact banjir tu….nasib baik rumah org asli tu area bukit…….
Quote mizruncing 12-5-2022 04:04 PM
anony-mous replied at 12-5-2022 03:47 PM
Kan. Tujuan tmpt2 ni kena tarah sbb nk bgnkn another tmpt mcm tiarascape ni la. Semua tamak last2  ...

tu laa. yg kaya makin kaya.. semoga dgn kejadian ni blh bg kesedaran sikit kt puak2 yg suka menarah ni

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052657 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top