CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah OTW Balik Kampung, Satu Keluarga Terpaksa Patah Balik Ke Rumah Sebeb Terlupa Tutup Api Dapur

12-5-2022 10:04 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2508| Komen: 12|Original author: Agent13k

Perasan tidak sabar untuk balik kampung adalah satu perasan yang sukar digambarkan dan sudah tentu ramai yang rindukan halaman kampung masing-masing tetapi pasti ada yang terlupa untuk buat pemeriksaan di dalam rumah untuk melihat jika semua peralatan elektrik itu sudah tutup sebelum pulang ke kampung.

kredit foto: TikTok


Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan satu keluarga yang sedang dalam perjalanan ke kampung panik selepas mereka menyedari bahawa api masakan yang dipanaskan atas dapur tidak ditutup.


Difahamkan, mereka menyedari api masakan itu tidak ditutup apabila mereka hampir tiba dikampung halaman mereka iaitu di Perak. Tambahan pula, keadaan masakan di dalam periuk itu sudah hangus dan kering.

kredit foto: TikTok

Membaca reaksi netizen di komen pula, ramai yang bersyukur kerana rumah itu tidak djilat oleh api dan berharap akan lebih berhati-hati selepas ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 12-5-2022 11:17 AM
Tak jadi pape? Manusia zaman skarng…
Quote tri-max 12-5-2022 12:17 PM
tahun ni dek sebabkan raya terkejut, da sampai kg baru teringat bekas ubat laki aku tertinggal
hihihihi
sib baik la melaka - selangor, suami redah balik naik motor anak buah
kalau tak hati tak tenang nak makan daging, rendang lemang ketupat bagai
Quote white_musk 13-5-2022 11:28 AM
tri-max replied at 12-5-2022 12:17 PM
tahun ni dek sebabkan raya terkejut, da sampai kg baru teringat bekas ubat laki aku tertinggal
hihih ...

kesiannya nak makan daging lemang rendang pun kena ambil ubat
Quote tri-max 13-5-2022 04:22 PM
white_musk replied at 13-5-2022 11:28 AM
kesiannya nak makan daging lemang rendang pun kena ambil ubat

biasalah da 40 series ni, sib baik 2 serangkai je

Quote Goodluckdontcry 13-5-2022 10:28 PM
SBB xde ape2 keburukan terjadi, blhla rileks xde ape2, buat content tik Tok..cube Klu sebab kecuaian ko..bkn setakat umh ko terbakar which is lantak ko la labu..tp Klu umh jiran pun tempias kene musibah...barulah xde tik tok..meraung MCM org gila...next time beringatla..Raya terkejut ke, Raya kelam kabut ke..latihla diri supaya lbh alert..selain tawakal..hmmm
Quote jazaa100 14-5-2022 11:25 PM
tri-max replied at 12-5-2022 12:17 PM
tahun ni dek sebabkan raya terkejut, da sampai kg baru teringat bekas ubat laki aku tertinggal
hihih ...

Laaa...kesiannya .  

Jauh jugak tu melaka- selangot
Quote kechikchomel 15-5-2022 06:10 PM
Jiran iolss haritu lebih kurang macam ni. Tapi dia keluar ke mana ntah. Bukan balik kg la. Terbakar dapur dia. Seb baik jiran sebelah perasan. Call tuan rumah, ingatkan ada kat rumah. Rupanya takde. Pastu call bomba. Kebetulan lak masa tu takde air. Tak tau la dorg buat macam mana. Seb baik terpadam jugak n tak merebak ke bhgn lain/rumah orang
Quote Zack8hunter 16-5-2022 12:52 AM
mmg style zaman skrg semua benda nk kene ambik video share dlm tiktok erk? semua pakat bangga dok dedah kebebalan masing2
Quote tri-max 16-5-2022 08:17 AM
jazaa100 replied at 14-5-2022 11:25 PM
Laaa...kesiannya .  

Jauh jugak tu melaka- selangot

itulah, pada dia tak jauh sbb dia slalu ride, pada kita mcm oh nooooooo
alhamdulillah selamat
Quote tikusmontok 16-5-2022 08:38 AM
Zack8hunter replied at 16-5-2022 12:52 AM
mmg style zaman skrg semua benda nk kene ambik video share dlm tiktok erk? semua pakat bangga dok de ...

Bukan masuk meluru tutup api, ambik video benda rentung dlm periuk dulu..so bebal
Quote che-cikL 16-5-2022 02:56 PM
Blh bertenang sambil standby phone utk ambik video ya?

Quote che-cikL 16-5-2022 03:11 PM
Pasal api dapur ni ada sekali iols lupa tutup, sebab nak gi ambil kereta lagi satu kat bengkel. Rasa musim cuti perayaan gak, sebab kalau lambat ambik, nanti pomen nak balik kampung ke macamana entah. Kalau biar kat bengkel nanti kereta kita terjemur berhari2.

Dekat je pun tempat tu, dlm 20 minit je drp rumah patutnya, tapi petang tu traffic sangat teruk, 45 minit tak sampai2. Budak pomen asyik tanya "jauh lagi ke, jauh lagi ke?" Dlm pada tu, baru teringat ada jerang panaskan sup.  Tak boleh bayangkan lagi perasaan nervous kami laki bini masa tu, nak detour utk patah balik punya lama nak jumpa jalan keluar. Dah dapat patah balik, bertembung jammed juga. Tak bercakap kami dalam kereta, takut kang tersalah cakap, jadi benda lain. Iols hanya mampu bertawasul
dan mohon ampun & ihsan Allah saja masa tu. Bila sampai je, iols rasa loncat keluar kereta kat luar pagar, masuk ikut pagar kecik je. Lari terjah dapur terus. Mujur sup tak luak pun, sebab buka api paling kecik. Sujud syukur kami. Baru teringat nak tgk phone, nak bgtau kat budak pomen. Sekali rupanya yg dia kalut nak gi mana tu, pun tak jadi. Mlm tu kami janji balik utk jumpa dia. Alhamdulillah.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036913 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top