"Allahuakbar, ingat tahun ini peminat misteri dah tak hantar bunga sempena hari jadi, rupa-rupanya baru hantar dan sampai kini tidak tahu siapa pengirimnya. Siapakah pengirimnya? Jodoh saya ka? Marilah masuk meminang."
Demikian kongsi penerbit terkenal Datuk A Aida yang sekali lagi menerima jambangan bunga daripada lelaki misteri sempena hari jadi buat kali keempat berturut-turut selama empat tahun. A Aida, 52, berkata, kiriman itu daripada individu sama berdasarkan ucapan ditulis dan bau pada bunga yang dihantar. "Ini tahun keempat saya mendapat kiriman bunga daripada lelaki misteri ini. Setiap kali dapat bunga yang dihantar, kad ucapan disertakan tidak ada nama. Hanya ucapan sempena hari jadi. Bunga pula memang semerbak baunya.
"Saya ingatkan tahun ini tidak ada, sebab hari jadi saya sudah lama pada 20 April lalu. Terfikir juga mungkin dia ke luar negara atau dia sudah ada orang lain dan tak perlu hantar bunga dah. Tapi tidak jangka pula bangun pagi tadi ada kiriman bunga ini.
|
laksmanabentan replied at 11-5-2022 08:29 PM
sendiri beli, sendiri hantar... sendiri claims...
hahahahaha...
laksmanabentan replied at 11-5-2022 08:29 PM
sendiri beli, sendiri hantar... sendiri claims...
hahahahaha...
ADVERTISEMENT