Pelakon terkenal, Nabila Huda, 38, menitipkan ucapan buat anak tunggalnya, Keisha Laila sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12 pada hari ini (11 Mei).
Menerusi hantaran di Instagram, wanita yang mesra disapa sebagai Abil itu meluahkan rasa kasihnya kepada Keisha menerusi sebuah coretan ringkas.
"Hari ini awak sudah berusia 12 tahun. Saya dikurniakan awak dalam hidup saya, Keisha Laila. Hidup mommy kosong kalau Keisha takde.
"Tapi, kalau depan mata asyik gaduh je. Kalau jauh rindu pula. Awak adalah kawan baik saya. Keisha selalu ada dengan mommy dalam apa pun situasi sejak awak masih kecil," tulisnya.
Abil turut mendoakan agar Keisha menjadi dewasa sebagai seorang anak yang baik dan berjaya dalam apa jua dilakukannya.
"Mommy akan sentiasa berada di belakang Keisha untuk sokong apa juga yang awak inginkan, awak perlukan dan awak suka; apa saja yang buat Keisha gembira.
"Awak tak boleh lari dihantui oleh mommy. Saya sayangkan awak sangat, Keisha. Tak dapat nak gambarkan. Selamat hari jadi buat gadis paling manis yang saya pernah ada dalam hidup," katanya.
Terdahulu, Abil pernah mendirikan rumah tangga bersama Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah dua tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila, 12.
Sekitar 2015, Abil mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Abil sepenuh nyawa sayang anak dia ni...dulu2 meols risau yang si Kesha ni spoil gila, pakaian ikut Abil, cakap kasar, berebut Beberd (laki Abil), jerit-jerit....sorang pun takleh tegur...meols pulak yang risau tak pasal...hahahaha..harap2 makin besar makin mature & berakal lah si Kesha ni...nampak macam bijak & ada bakat berlakon mcm Abil...