CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 Tahun Berturut-Turut A.Aida Dapat Bunga Dari Lelaki Misteri- "Marilah Masuk Meminang"

11-5-2022 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3513| Komen: 34

Description: "Allahuakbar, ingat tahun ini peminat misteri dah tak hantar bunga sempena hari jadi, rupa-rupanya baru hantar dan sampai kini tidak tahu siapa pengirimnya. Siapakah pengirimnya? Jodoh saya ka? Marila ...
"Allahuakbar, ingat tahun ini peminat misteri dah tak hantar bunga sempena hari jadi, rupa-rupanya baru hantar dan sampai kini tidak tahu siapa pengirimnya. Siapakah pengirimnya? Jodoh saya ka? Marilah masuk meminang."


Demikian kongsi penerbit terkenal Datuk A Aida yang sekali lagi menerima jambangan bunga daripada lelaki misteri sempena hari jadi buat kali keempat berturut-turut selama empat tahun.

Foto: Google

A Aida, 52, berkata, kiriman itu daripada individu sama berdasarkan ucapan ditulis dan bau pada bunga yang dihantar.

"Ini tahun keempat saya mendapat kiriman bunga daripada lelaki misteri ini. Setiap kali dapat bunga yang dihantar, kad ucapan disertakan tidak ada nama. Hanya ucapan sempena hari jadi. Bunga pula memang semerbak baunya.


"Saya ingatkan tahun ini tidak ada, sebab hari jadi saya sudah lama pada 20 April lalu. Terfikir juga mungkin dia ke luar negara atau dia sudah ada orang lain dan tak perlu hantar bunga dah. Tapi tidak jangka pula bangun pagi tadi ada kiriman bunga ini.



"Kalau namanya misteri, memang misteri betul. Apa pun, saya tetap berterima kasih atas usaha dan ingatan itu. Cumanya, kalau saya dapat tahu siapa gerangan si pengirim lagi bagus," katanya kepada Harian Metro.

Menurut A Aida, selepas bercerai dengan seorang pelakon pada 2019, dia masih belum terbuka untuk kembali berumah tangga.



"Ada saja yang nak berkawan dan berkenalan. Dari dulu pun saya jenis yang memang suka berkawan. Tapi itulah, nak ke fasa yang lebih serius mungkin belum masanya lagi. Lagi pula, pada usia sebegini, lebih baik baik saya fokus pada kehidupan sendiri, anak-anak, kerjaya dan perniagaan.

"Semua komitmen yang ada sekarang ini sudah cukup membuatkan hidup saya sibuk. Cuma, saya tidak mahu cakap besar. Soal jodoh ini semuanya ketentuan Allah SWT. Apa pun, saya bahagia dengan apa dilakukan sekarang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 11-5-2022 03:32 PM
hahahaha.. tetap nak nampak relevan ya...
Quote kaseh80 11-5-2022 03:34 PM
So what
???????????????????????????????
Quote makadek 11-5-2022 03:35 PM
Lbh kurang mcm deco umah aku jer

Tp kalau mamat tu reveal diri dia dan tak emsem mcm soyeb   ttp taknak
Quote Mr.Chen 11-5-2022 03:40 PM
????????????????????
Quote gideoncross 11-5-2022 03:49 PM
Janda trlajak laris.
Quote nazriatie 11-5-2022 03:53 PM
Dia dah bukak tudung?
Quote mamajawie 11-5-2022 04:25 PM
deco uma dia nmpak serabut
Quote intan244 11-5-2022 04:29 PM
peminat je pon, sapa2x boleh jadi. perasan org tu nak ke dia. ntah2x perempuan, xpon lelaki beranak bini dah.
Quote Nenasketum 11-5-2022 04:36 PM
Macam deco rumah sepet ek? Sepet2 suka deco cincai bocai cenggini
Quote KamikuP 11-5-2022 05:10 PM
Lantak tak tau.. ada patung dlm rumah malaikat tak masuk..
Quote Mulotkoyak 11-5-2022 07:48 PM
Sblm ni kawen ngn sape.. Xminat retis tua tp feeling gataiii bureeet..
Quote Rogue98 11-5-2022 07:59 PM
Suara rempit ...haha...
Quote tahanie 11-5-2022 08:18 PM
Entah-entah orang tu enjoy tengok gelagat seperti caption. Memang nak tengok dia perasan
Quote laksmanabentan 11-5-2022 08:29 PM
sendiri beli, sendiri hantar... sendiri claims...

hahahahaha...
Quote silampumeja 11-5-2022 08:39 PM
Suara gedik macam kak kem plak
Quote stingerflank 11-5-2022 08:46 PM
laksmanabentan replied at 11-5-2022 08:29 PM
sendiri beli, sendiri hantar... sendiri claims...

hahahahaha...

Likewise tak mustahil juga dlm kes pazzpatahalmulk ...she ordered ,got the hubby to collect and present it to her.....pelakon walau tiangkayu macam patahalmulk...this act/lakonan he would passed it with flying colours...

Ko ghaser bentan?

Kahkahkahkah
Quote QueenCaramel 11-5-2022 08:47 PM
laksmanabentan replied at 11-5-2022 08:29 PM
sendiri beli, sendiri hantar... sendiri claims...

hahahahaha...

Boleh jadi…demi kontenn
Quote guesswho09 11-5-2022 08:52 PM
Boleh jadi dia keluar negara???
konfiden je yg hantar bunga tu kaya & berkerjaya
hahaa…
Quote whimsicalmusic 11-5-2022 10:33 PM
Bunga betul ke plastik tu?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.119021 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top