Khabar duka daripada pelakon Datin Elvina Mohamad yang memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.
Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 27, memberitahu dia sedar jantung bayi dalam kandungannya berhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. "Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi. "Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hari ini (Selasa)," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Elvina turut meluahkan perasaan sedih kerana terlalu berharap akan memperoleh anak kedua memandangkan anak pertamanya, Karl Mateen sudah berusia tiga tahun. Bagaimanapun, pelakon drama Seadanya Aku ini reda dengan apa yang berlaku.
|
ADVERTISEMENT