Menginjak usia 35 pada tahun ini, pelantun lagu AEWO iaitu Shiha Zikir tidak terlepas daripada pertanyaan mengenai rumah tangga. Bukan hanya sahabat handai, malahan ibunya sendiri bertanyakan isu perkahwinan kepada penyanyi berkenaan. Apatah lagi penyanyi itu sudah13 tahun bercinta dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Arul.
Bagaimanapun, Shiha sama sekali tidak terasa hati apabila setiap kali diajukan soalan sebegitu kerana dia percaya dengan takdir yang sudah tertulis untuknya. Pemilik nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir itu juga memberikan tekanan kepada diri sendiri kerana menganggap sekarang ini adalah peluang untuk menjaga ibunya.
"Bercakap mengenai perkahwinan, ibu sudah mula bertanya sebab kami sudah lama bercinta. Insya-Allah. Saya pun sudah 35 tahun. Kalau ditakdirkan tahun ini, maknanya tahun inilah.
"Saya percaya 100 peratus dengan apa yang sudah Allah tetapkan. Kawan-kawan saya ada yang call menangis sebab stress tiada orang nak. Tapi, saya nasihatkan agar mereka jangan risau sebab Allah dah tetapkan.
"Saya pun tak berikan tekanan kepada diri sendiri walaupun sudah ramai yang tanya. Saya anggap sekarang ini adalah waktu untuk saya jaga ibu," katanya kepada mStar.
Shiha yang turut berjinak-jinak dengan dunia lakonan itu lega dan bersyukur kerana teman lelakinya adalah seorang insan yang sangat memahami kerjaya seninya. Malahan, buah hatinya itu tidak pernah rasa cemburu dengan mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.
Dalam perkembangan lain, Shiha kini sibuk menguruskan perniagaan kosmetiknya. Katanya, dia ingin memberikan peluang kepada individu yang pendapatannya terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menjana semula sumber pendapatan mereka. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Tak buang masa ke?
Iol kalau laki dok prolong hubungan gini, takde dah 13 tahun, 3 tahun pun tapi kau tak pernah cerita nak ke hubungan lebih serius, memang iol cabut lari je.
Iols dulu pernah bercintan cintun sampai bertahun-tahun, sudahnya hubungan kami tak kemana dan masa putus tu sempat jugak iols cakap, iols jadi anak dara tua sebab tunggu dia.
What 13 thn?kau memang gila lah 13 tu masih title bercinta sangat2 membuang masa,tenaga dan umur.kalau aku cukup 2 tahun kalau masing2 hidup dh stable kerja dh stable tapi tak reti2 buat aku jadi bini seikhlasnya aku dh hai2 bye2
Ingatkan dia ni ngan ciwan cilok .. chiwan skrg hensem wangi sket dr dulu... Lakonan dan lawak makin ok bila masuk sepahtu reunion...
Rupanya dh ada awek baru skrg, dgn pelakon extra...
Saja bercinta lah kot.. Nak kawin dua2 ntah tak pasti.. So better berboyfriend dr takde...
Esok lusa Kot2 ada better man dtg dlm hidup, terus nikah. Agaknya lah....