Oleh : Dean BZ Menjadi kaya adalah impian setiap insan, namun tidak semua bertuah dan mampu mencapai kejayaan seperti yang diimpikan. Mengikut senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2015 yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, carta teratas individu paling kaya di dunia masih lagi duduki oleh Bill Gates seperti mana tahun 2014 lalu. Bill Gates merupakan pemilik Microsoft iaitu syarikat perisian terbesar di dunia yang sekarang banyak digunakan seluruh didunia. Sejak tahun 1995, Bill Gates sudah menduduki peringkat pertama untuk senarai orang terkaya di dunia dan disenaraikan sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut oleh majalah Forbes. William Henry Gates III atau lebih dikenali sebagai Bill Gates juga merupakan seorang jutawan yang paling dermawan. Bill Gates telah menyumbangkan sebahagian besar kekayaannya untuk dana kesihatan, program kajian sains dan pendidikan dunia melalui yayasan yang didirikannya iaitu Bill and Melinda Gates Foundation. Walaupun sebahagian hartanya didermakan, namun Bill Gates masih lagi bergelar manusia paling kaya dimuka bumi ini. Berikut merupakan senarai 10 Orang Terkaya di Dunia bagi tahun 2015 bersama nilai kekayaan masing-masing : Sumber foto : www.polygon.com 1. Bill Gates Umur : 59 Tahun Warganegara : Amerika Syarikat Jumlah Kekayaan : US$79,2 billion Sumber kekayaan utama : Microsoft Industri : Teknologi Sumber foto : www.forbes.com 2. Carlos Slim Helu Umur : 75 Tahun Warganegara : Mexico Jumlah Kekayaan : US$77,1 billion Sumber kekayaan utama : Telefonos de Mexico dan America Movil Industri : Telekomunikasi Sumber foto : dantri.com.vn 3. Warren Buffet Umur : 84 Tahun Warganegara : Amerika Syarikat Jumlah Kekayaan : US$72,7 billion Sumber kekayaan utama : Berkshire Hathaway Industri : Pelabur Sumber foto : www.ctpost.com 4. Amancio Ortega Umur : 78 Tahun Warganegara : Sepanyol Jumlah Kekayaan : US$64,5 billion Sumber kekayaan utama : Zara Industri : Retail Sumber foto : www.erewise.com 5. Larry Ellison Umur : 70 Tahun Warganegara : Amerika Syarikat Jumlah Kekayaan : US$54,3 billion Sumber kekayaan utama : Oracle Industri : Teknologi Sumber foto : www.bizjournals.com 6. Charles Koch Umur : 79 Tahun Warganegara : Amerika Syarikat Jumlah Kekayaan : US$42,9 billion Sumber kekayaan utama : Koch Industries, Inc Industri : Berbagai bidang Sumber foto : www.independent.co.uk 7. David Koch Umur : 74 Tahun Warganegara : Amerika Syarikat Jumlah Kekayaan : US$42,9 billion Sumber kekayaan utama : Koch Industries, Inc Industri : Berbagai bidang Sumber foto : www.forbes.com 8. Christy Walton Umur : 60 Tahun Warganegara : Amerika Syarikat Jumlah Kekayaan : US$41,7 billion Sumber kekayaan utama : Wal-Mart Industri : Retail Sumber foto : en.wikipedia.org 9. Jim Walton Umur : 67 Tahun Warganegara : Amerika Syarikat Jumlah Kekayaan : US$40,6 billion Sumber kekayaan utama : Wal-Mart Industri : Retail Sumber foto : difundir.org 10. Liliane Bettencourt Umur : 92 Tahun Warganegara : Perancis Jumlah Kekayaan : US$40,1 billion Sumber kekayaan utama : L’Oreal Industri : Retail Senarai kekayaan mereka sentiasa berubah mengikut masa kerana naik turunnya ranking mereka ini bergantung kepada saham dan keuntungan semasa bagi perusahaan masing-masing. - CARI Infonet. Jangan lupa LIKE kami di Facebook : https://www.facebook.com/Cari.mforum
|
10
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
5
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
senahsanasini replied at 31-7-2015 04:51 PM
laaaaaaa mana kak mah????
protonpersona replied at 31-7-2015 07:32 PM
agak2 sapa yg terkaya kat malaysia...?
Islam tidak menghalang penganutnya untuk menjadi kaya, malahan menjadi kaya dan bertaqwa itu adalah tuntutan agama. Jika telusuri sirah baginda Rasulullah s.a.w, baginda juga merupakan seorang usahawan yang berjaya dan berkahwin dengan Siti Khadijah r.a, sebelum dilantik menjadi rasul.
Sepanjang perjuangan baginda menegakkan Islam, kita boleh lihat terdapat segelintir sahabat yang sememangnya kaya dengan menginfaqkan harta mereka di jalan Tuhan seperti Abdul Rahman bin Auf r.a, Usman bin Affan r.a, Talhah bin Ubaidillah r.a dan ramai lagi.
Kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda senarai 10 orang terkaya di dunia agar kita semua dapat mendapat inspirasi untuk menjadi kaya seperti mereka dan dapat membantuk mengerakkan Islam dari sudut ekonomi. Senarai billionaire terkaya dunia ini adalah bersumberkan Wikipedia, The World’s Billionaires.
#10 – Jim Walton (RM144.55 billion)Beliau merupakan anak bongsu bagi keluarga Wal-Mart yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai RM144.55 billion. Wal-Mart ialah syarikat peruncitan yang mula diasaskan pada tahun 1962 oleh bapa beliau iaitu Sam Walton. Kini Wal-Mart adalah peruncit terbesar dunia dengan 11,088 buah rangkaian di seluruh dunia.
Beliau merupakan usahawan, aktivis politik dan jurutera kimia yang mempunyai kekayaan bernilai RM145 billion. Sumber kekayaan beliau adalah daripada syarikat Koch Industries yang diasaskan bersama abang beliau. Koch Industries mempunyai perniagaan di dalam pelbagai industri seperti pembuatan, perdagangan dan pelaburan.
#8 – Charles Koch (RM145 billion)Charles de Ganahi Koch merupakan pengasas bersama Koch Industries yang juga memiliki kekayaan sekitar RM145 billion. Beliau ialah Chairman & CEO bagi syarikat Koch Industries yang mula diasaskan pada tahun 1940.
#7 – Christy Walton & Keluarga (RM147.7 billion)Beliau merupakan salah seorang anak saudara perempuan Sam Walton yang mengasaskan Walmart. Sumber kekayaan beliau dianggarkan bernilai RM147.7 billion adalah bersumberkan syarikat peruncitan yang terbesar dunia, Wal-Mart. Beliau dan keluarga menyumbangkan sekitar RM5.6 billion untuk membangunkan pusat pengajian melalui yayasan mereka.
Beliau merupakan seorang usahawan internet dan programmer yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai RM189.7 billion melalui syarikat perisian Oracle Corporation yang diasaskan beliau pada tahun 1977. Oracle Corporation ialah syarikat yang fokus kepada pembangunan barangan komputer dan juga perisian untuk usahawan.
#5 – Amancio Ortega (RM221.9 billion)Amancio Ortega Gaona merupakan seorang pereka fesyen yang mengasaskan syarikat Inditex di dalam industri tekstil. Di antara jenama popular di dalam rangkaian syarikat beliau ialah Zara, Tempe, Oysho dan banyak lagi. Pada tahun 2014, beliau dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai RM221.9 billion.
Beliau merupakan seorang pelabur yang paling berjaya di dalam dunia. Beliau merupakan Chairman & CEO bagi syarikat Berkshire Hathaway yang melabur di dalam pelbagai syarikat besar dunia seperti Coca-cola, IBM, American Express dan banyak lagi. Keuntungan daripada pelaburan tersebut sentiasa meningkat setiap tahun.
#3 – Carlos Slim (RM261.1 billion)Beliau merupakan usahawan daripada negara Mexico dengan anggaran kekayaan RM261.1 billion daripada dua syarikat beliau iaitu Telmex dan Grupo Carso. Syarikat telekomunikasi Telmex yang dmiliki oleh beliau menguasai 80% pengguna di Mexico dengan memiliki pekerja seramai 52,346 orang. Beliau digelar sebagai “Warren Buffett Mexico”.
#2 – Bill Gates (RM284.2 billion)Bill Gates merupakan satu nama yang tidak asing lagi di dalam senarai orang terkaya dunia kerana beliau telah mendominasi carta ini untuk satu tempoh yang agak lama. Beliau dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai RM284.2 billion daripada syarikat perisian yang diasaskan beliau iaitu Microsoft. Kini beliau aktif mengerakkan Yayasan Bill & Melinda yang banyak membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya di Afrika.
#1 – Mereka Yang Mendirikan Solat Sunat FajrJika anda merasakan kekayaan yang dimiliki oleh individu-individu terkaya di dunia seperti di atas adalah sangat luar biasa, maka ketahuilah bahawa ganjaran bagi mereka yang mendirikan solat Sunat Fajr adalah lebih besar!
Walaupun menggabungkan kesemua kekayaan manusia di bumi ini, masih tidak dapat menandingi ganjaran yang diberikan kepada umat Islam yang mendirikan solat sunat Fajr ini.
Solat Sunat Fajr juga dikenali sebagai solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh iaitu solat sunat dua rakaat yang didirikan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda,
“Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” Hadis Riwayat Muslim
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri cukup menjaga solat Sunat Fajr ini seperti yang diceritakan oleh Aisyah r.a, beliau berkata,
“Tiada solat sunat yang paling Rasulullah s.a.w menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” Hadis Riwayat Muslim
Sesungguhnya sangat rugi bagi mereka yang tidak mengerjakan solat Sunat Fajr ini kerana solat sekitar 3-5 minit sahaja sudah diberikan ganjaran nilai dunia dan segalanya yang ada di permukaan dan di dalam perut dunia.
ADVERTISEMENT