CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bunga Is Me Terjun Sungai Macam Dugong

9-5-2022 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4687| Komen: 25

Mengisi masa cuti lebaran, penyanyi rap wanita Bunga Is Me berkongsi momen lucu dalam Instagram yang menyaksikan dirinya beraksi seperti dugong namun bukan di laut tetapi di sungai.


Menerusi video pendek yang dimuat naik, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari melakukan terjunan di sungai dengan penuh keyakinan dan membuatkan ramai netizen geli hati.

Foto: IG

“Selalu nampak dugong dekat laut, kali ini dekat sungai. Dugong sungai,” coret pelantun lagu Intan Payung itu sebagai kapsyen video dikongsinya.

Menjengah ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian bersifat lelucon daripada Bunga.




“Dia punya gaya macam nak buat terjunan Olimpik tapi ‘last last’ terjun gitu je.

“Selamat maju jaya buat bakal suami (Bunga), isteri anda hiperaktif,” demikian antara komen yang ditinggalkan netizen dalam ruangan komen.

Dalam pada itu, baru-baru ini, Bunga muncul dengan lagu raya kolaborasi dengan Disney+ Hotstar yang diberi judul Cerita Kita Bersama.



Menyanyikan lagu tema raya platform penstriman terkemuka berkenaan secara seni persembahan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan atau spoken words, Bunga berlapang dada menerima kritikan.

“Tak tahu macam mana boleh terjadinya kolaborasi dengan Disney+ Hotstar. Tapi bagi saya barangkali ini rezeki selepas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).



“Alhamdulillah, ini adalah rezeki, orang kata peluang keemasan sebab saya tak letak jangkaan tinggi dalam perihal berkait kerjaya namun apabila kolaborasi ini berlaku, saya bersyukur.

“Orang nak kritik, tak mengapa sebab saya jenis orang yang tak fikir sangat. Saya juga tak mendongak tinggi kalau diberi apa-apa tanggungjawab. Jadi, apabila Disney pilih saya, saya macam ‘oh wah, saya dah sampai sini’,” katanya kepada Kosmo! Online.



Kata Bunga, raya kali ini hanya sederhana sahaja buat dirinya walaupun sudah mulai diberikan kebebasan untuk berkumpul dan beraya dengan keluarga selepas lebih dua tahun terjerat dengan pandemik Covid-19.

“Raya saya biasa sahaja. Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur. Raya ketiga macam tu baru saya pulang ke kampung iaitu di Perak jumpa bapa,” katanya yang memiliki 16 orang adik beradik. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 9-5-2022 01:13 PM
Sendunya ko mekkkkkkk...
Quote Zaien 9-5-2022 01:49 PM
cuma nk ckp dek.. laki suka dok zoom video ko nk terjun tu..
al maklum la mata laki kan mcm xray gitu hhahahaha
Quote anony-mous 9-5-2022 01:51 PM
Klau bdn persis intan najuwa atau budak2 ok la. Ni peha gedabak, dah la pakai tudung, mmg dasar x senonoh minah ni.
Quote OyaTonggek 9-5-2022 01:56 PM
kalau kt live tiktok kemain dia babi sana njirr sini..x memadan berhijabistu
Quote makton 9-5-2022 01:57 PM
peha buruk, perut buncit, bontot leper & lebar.
mohon sedar diri. jangan nak samakan ko yg buruk tu dgn dugong
Quote prince_marhaen 9-5-2022 02:48 PM
diammmmlahhhh kauuuu!!! dah la tak lawa..bakat setakat rap rap sengau macam idola kau ratu sengau tradisional... feeling je lebih! Macam kau terpaling rare dalam industri...!
Quote kambinggila 10-5-2022 09:51 AM
makton: peha buruk, perut buncit, bontot leper & lebar.mohon sedar diri. jangan nak samakan ko yg buruk tu dgn dugong


ekeke salam raya salam raya ekekeke
Quote wirazam 10-5-2022 10:22 AM
anony-mous replied at 9-5-2022 01:51 PM
Klau bdn persis intan najuwa atau budak2 ok la. Ni peha gedabak, dah la pakai tudung, mmg dasar x se ...

Setujuuuu...boleh tak simpan as kolekai sendiri takyah nak tunjuk kat public sgt
Quote Lavender_Violet 10-5-2022 03:39 PM
makton replied at 9-5-2022 01:57 PM
peha buruk, perut buncit, bontot leper & lebar.
mohon sedar diri. jangan nak samakan ko yg buruk tu  ...

Jujur sangat tu kaka Ton
Quote makton 10-5-2022 04:02 PM

kdg2 kebenaran itu mmg pahit. telan saja lah
Quote Mamason 10-5-2022 04:05 PM
Dah kenapa??? Sapooo dio ni?
Quote cruz2 10-5-2022 05:58 PM
Dia kalau mandi swimming pool suka kencing dlm tu.ni mandi sungai tak tau la kot lebih dari tu.bukan iols tuduh yer si mek membunga ni sendiri ckp dlm satu intv rancangan tv.mmg tk senonoh betul perangai
Quote kakakko 11-5-2022 09:22 AM
Kalau rasa diri tu muslimah bertudung, kenapa perlu pakai seluar thigh diknon oiii... Tak sesuai tahu??

Ni sama pesen pakai tudung tapi pakai t shirt pendek. i is kenot brain lahhhhhh...
Quote kakakko 11-5-2022 09:24 AM
prince_marhaen replied at 9-5-2022 06:48 AM
diammmmlahhhh kauuuu!!! dah la tak lawa..bakat setakat rap rap sengau macam idola kau ratu sengau tr ...

yazz.. aku pun setuju nekniza tu sengau. sorang lagi sengau siha zikr
Quote TerataiMelur02 11-5-2022 09:26 AM
Macam mana la sheols ni boleh jadi penyanyi? Suara hauk giler
Quote asamfish 11-5-2022 10:13 AM
cruz2 replied at 10-5-2022 05:58 PM
Dia kalau mandi swimming pool suka kencing dlm tu.ni mandi sungai tak tau la kot lebih dari tu.bukan ...

Stupid dumb dumb la pada sapa yang kencing dalam pool.  Semoga mereput.  

Quote mamajawie 11-5-2022 10:26 AM
lama da x mandi sungai..ni kat sungai mana ni?cm best je
Quote AshkieLa 11-5-2022 04:00 PM
makton replied at 9-5-2022 01:57 PM
peha buruk, perut buncit, bontot leper & lebar.
mohon sedar diri. jangan nak samakan ko yg buruk tu  ...

ouchh....
sedihh tengok terkial kial nak naik atas batu lepas terjun tu.
mcm budak kaki bangku selama ni... ehh tiber
Quote makton 11-5-2022 04:03 PM
AshkieLa replied at 11-5-2022 04:00 PM
ouchh....
sedihh tengok terkial kial nak naik atas batu lepas terjun tu.
mcm budak kaki bangku  ...

aku nampak dia mcm sejenis lembam

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.035829 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top