CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Joey Minta Izin Isteri Dulu Sebelum Terima Job, Takut Sibuk Sangat Sampai Abai Keluarga

9-5-2022 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1887| Komen: 13

Description: Sibuk dengan jadual kerja sebagai anak seni, pelakon Joey Daud ada cara tersendiri bagi memastikan tugas sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga tidak terabai.
Sibuk dengan jadual kerja sebagai anak seni, pelakon Joey Daud ada cara tersendiri bagi memastikan tugas sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga tidak terabai.


Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, berkata, dia dan isteri iaitu pelakon Watie Sadali akan duduk berbincang dan menyusun jadual kerja mereka dengan baik.


Foto: IG

“Saya tidak akan terima sebarang tawaran kerja dengan sesuka hati. Sebagai ketua keluarga saya harus bijak untuk imbangkan antara kerja dan juga tugas di rumah.

“Jadi sebelum menerima tawaran atau keluar berkerja, saya akan duduk brainstorming dahulu dengan isteri. Kami akan bincang untuk sesuatu kerja itu berapa lama akan keluar rumah dan susun jadual dengan baik.


“Syukur saya dikurniakan isteri yang sangat memahami dan tahu menjaga rumah tangga. Saya juga ada pembantu peribadi yang akan ikut ke mana-mana jika bekerja. Kalau nak uruskan semuanya sendiri, memang tidak akan jadi,” katanya kepada mStar.



Joey dan Watie mendirikan rumah tangga pada Disember 2011 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Kedua-duanya mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan terdahulu.

Sementara itu, Joey juga bersyukur apabila terus diberi kepercayaan untuk terlibat dalam penggambaran dan juga persembahan pentas meskipun usia semakin meningkat.

Meskipun banyak menerima tawaran, Joey tidak pernah memilih dan meletakkan harga tinggi dalam dunia lakonan.



“Saya masih terima tawaran berlakon seperti biasa. Rasa bersyukur kerana merasa diri ini dihargai apabila orang nampak bakat saya dan mahu saya terus berlakon.

“Walaupun banyak terima tawaran tidak bermakna saya boleh naikkan harga. Dalam dunia seni ini perlu mudahkan kerja semua orang dan perlu ada win win situation.

“Kenapa saya nak perlu demand harga kalau produksi sendiri tahu menilai bakat dan saya dapat apa yang sepatutnya,” jelasnya.



Joey ditemui ketika sidang media filem Jango yang turut membariskan pelakon lain seperti Khir Rahman, Zha Yaodong dan Chris Tong.

Jango adalah filem terbitan produksi usaha sama antara Zebra Studio Sdn Bhd dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation dari Hong Kong. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 9-5-2022 12:08 PM
berbakat betul si joey nih
Quote purplelilac 9-5-2022 12:13 PM
Aku suka dia ni berlakon tp tak sangka dia pernah join kumpulan exist
Quote alieyrina 9-5-2022 01:13 PM
Cantik nya hasil kerja dia
Quote sleepandream 9-5-2022 01:14 PM
cantik wife heols...
suka tgk lukisan2 mural heols
Quote anony-mous 9-5-2022 01:49 PM
Finally skrg zmn heols mendonia. Teringat dlu last pemes dkt porem ni kena hencap xckup tanah mcm tokey tikus mondok mgkin beberapa thn akn dtg, tokey bakal dipuji puja begini pulak
Quote Lentera 9-5-2022 04:02 PM
Bini dia ni bukan ke watie elite? Apesal nampak lain pulak
Quote Emilyyyyy 9-5-2022 04:05 PM
sleepandream replied at 9-5-2022 01:14 PM
cantik wife heols...
suka tgk lukisan2 mural heols

Watie dari zaman Elite memang lawa.
Quote Emilyyyyy 9-5-2022 04:05 PM
Lentera replied at 9-5-2022 04:02 PM
Bini dia ni bukan ke watie elite? Apesal nampak lain pulak

Ye watie elite. Mekap kot..huhu
Quote Meiizu 9-5-2022 04:37 PM
Pcubaan wati menumpang tuah slepas imej tercalar teruk
Quote MarissaOberlin 10-5-2022 12:32 AM
kes watie kena saman dulu udah settle membayor ke kat kawan Elite nyer dulu?
Quote sleepandream 10-5-2022 02:22 AM
Emilyyyyy replied at 9-5-2022 04:05 PM
Watie dari zaman Elite memang lawa.

kekdahnyer...
theyols kawin ada anak ke chuols?
Quote stingersting 10-5-2022 05:07 AM
sleepandream replied at 10-5-2022 02:22 AM
kekdahnyer...
theyols kawin ada anak ke chuols?

Adopted.....
Quote stingersting 10-5-2022 05:09 AM
Meiizu replied at 9-5-2022 04:37 PM
Pcubaan wati menumpang tuah slepas imej tercalar teruk

Rezeki iteww dariNYA tak payah atau perlu main tumpang tumpang ni...

Laki tak didik ko.bab ini kewww?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.284595 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top