CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Along Cham Memilih, Dah 6 Tahun Menduda Tapi Tak Terdesak Nak Cari Isteri

9-5-2022 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 919| Komen: 1

Membesarkan anak sebagai bapa tunggal diakui pada mulanya agak sukar. Bagaimanapun, selepas dua tahun bercerai, baharu pelawak dan pelakon Along Cham, 39, mampu melaluinya dengan baik.


Bagi Along, dia bertuah kerana mendapat bantuan ibu bapa dan keluarganya yang banyak memberi semangat untuk meneruskan kehidupan.

Katanya, pada awal perceraian dulu sering juga dia teringat kenangan bahagia lalu.

Foto: IG

"Pada tahun pertama dan kedua hidup sebagai bapa tunggal, memang masih terkenangkan saat indah bersama bekas pasangan kerana belum terbiasa dengan suasana hidup solo itu.

"Ditambah, anak saya, Ahmad Danial, 11, pula ketika itu masih kecil dan mestilah ada masa dia bertanyakan dan mencari ibunya. Tapi, selepas bertahun-tahun berlalu, alhamdulillah masa mengubah segalanya.


"Saya dan anak kini sudah terbiasa berdua bersama. Malah, saya hanya berjauhan dengan Danial apabila ada kerja di Kuala Lumpur dalam tempoh satu minggu. Biasanya, Danial dah tahu jadual kerja saya," katanya.



Menurut Along, walaupun tidak serik untuk berkahwin, tapi soal jodoh biarlah Allah tentukan. Katanya, keutamaan dia sekarang lebih kepada Danial saja dan ia sudah cukup membahagiakannya.

"Enam tahun sudah hidup menduda, saya okey saja. Tidak rasa terdesak pun mencari pengganti baharu. Ini kerana saya perlu memilih pasangan yang sesuai demi kegembiraan anak juga.

"Saya mahu 'calon isteri' itu nanti seorang yang betul-betul dapat terima Danial dengan ikhlas. Saya tidak mahu dia (calon isteri) hanya terima dan sayangkan saya saja, namun Danial tidak dikasihi secukupnya.


"Sekarang kebahagiaan anak saya yang penting kerana kami sangat rapat. Danial akan hubungi saya untuk mengingatkan segera balik ke Johor bertemunya jika sudah terlalu rindu," katanya lagi.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad berkata, walaupun ada saja wanita yang cuba mendekati, hatinya belum terbuka dan masih memilih terbaik buat anak tunggal kesayangannya.

Meraikan Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu, Along berkata kualiti masa memang difokuskan kepada Danial.



Katanya, dia sudah berasa 'lengkap' apabila Danial ada di sisi berikutan mereka saling memerlukan di antara satu sama lain.

Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Saeron pada 2011. Namun, jodoh tidak panjang apabila mereka bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 selepas lima tahun hidup bersama.

Bersyukur kerjaya seninya masih bersinar, Along akan membintangi filem baharu arahan Mawi iaitu Zim Zim Ala Kazim. Sebelum itu, Along sudah berlakon dalam filem Tiada Tajuk dan Hantu Kuat Ketawa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zaien 9-5-2022 01:59 PM
ex wife dh kwen bru ke??

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.038145 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top