Baby Shima kembali menyemarakkan Lebaran dengan buah tangan terbaharu, single Raya berjudul Pulang ciptaan sepenuhnya komposer Ezra Kong dan terbitan Warner Music Malaysia.
Walaupun sibuk dengan jadual seni yang padat, Baby Shima masih berkesempatan merakamkan lagu Raya dengan mesej yang pastinya menjadi harapan semua rakyat Malaysia yang ingin ‘pulang’. Lagu Pulang bermaksud keinginan dan hasrat yang mendalam untuk pulang dengan harapan dapat berjumpa kedua orang tua bersempena perayaan yang mulia ini. Bagaimanapun, sebuah komen daripada pengguna akaun bernama Ummi Kalsum mendapat perhatian Baby Shima kerana menyarankan netizen supaya tidak mendengar lagu berkenaan kerana datuk penyanyi itu seorang kristian.
Komen tersebut dimuat naik semula Baby Shima di Instagramnya dengan menyatakan kepada netizen jikalau benci dan menghina keturunanya, dia menyarankan supaya netizen tidak mendengar lagu tersebut.
|
epullipan replied at 9-5-2022 09:28 AM
tak relevan la dia ni..tolong jadi pornstar please
ADVERTISEMENT