CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Dikecam Netizen Sebab Anggap Lirik Lagu Sesuci Lebaran Toksik

27-4-2022 02:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2196| Komen: 6|Original author: Tatod


Tular di laman sosial video seorang pemuda dengan berlatarbelakangkan lagu Sesuci Lebaran berasakan lagu tersebut bersifat toksik pada bahagian lirik yang berbunyi 'Bantulah miskin, hina'.

Pengguna TikTok dengan nama akaun Hafeeziraziqin itu turut menulis bertanyakan adakah hina bagi seseorang itu andai dia dikategorikan sebagai miskin.

Tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, netizen bagaimanapun 'menyerangnya' bertubi-tubi mengatakan dia tidak memahami maksud sebenar di sebalik lirik berkenaan.


Hingga ada antara netizen yang terus membuat 'research' maksud sebenar perkataan hina dengan menjadikan Kamus Dewan Bahasa sebagai rujukan seterusnya berkongsi hasil carian.


Sehingga kini belum tampil menjelaskan perkara tersebut, netizen terus-menerus mengecam tindakan pemuda itu mempertikaikan lirik lagu terbabit. 

Malahan, ada yang beranggapan pemuda tersebut menimbulkan isu sedemikian bagi meraih perhatian daripada netizen sekali gus menaikkan jumlah pengikutnya di TikTok.

Rakaman yang dikongsikan semula di Twitter oleh Ratu Balqish mewujudkan dua komen yang berbeza. Di TikTok, netizen yang meninggalkan komen kelihatan lebih 'cool' dan tidak mengambil perkara itu terlalu serius.



Berlainan pula di Twitter yang sedikit lebih 'panas' kerana pemuda tindakan pemuda terbabit yang seolah-olah mempertikaikan penulisan lirik yang mungkin boleh disalahertikan itu.

Untuk info, lagu Sesuci Lebaran yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dilancarkan pada 2017. Karya tersebut dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Hairul Anuar Harun. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 27-4-2022 02:46 PM
dah start perang antara zoners dengan netizen
Quote mejaputih 28-4-2022 10:29 AM
tp betul la my mom pun tak suka lagu ni sbb perlu ke nk mention perkataan hina tu..
Quote Orix 28-4-2022 01:45 PM
hina tu boleh je jadi banduan yg dipandang hina... apa masalahnya..................... najib tu pun dipandang hina dekkk aman2 jah pun
Quote jijilaaa 30-4-2022 12:14 PM
murung la abang tu sambut raya tahun ni...
Quote swimswim 30-4-2022 01:44 PM
Dia yg toksik sbb tak fhm seni kata lagu dikatanya lagu yg toksik.
Quote SonicSiLandak 30-4-2022 02:02 PM
hina tu merujuk kepada pondan2 gay2 pedo etis peliwat perogol pencabul kanak2 pelacur sundal perampas suami orang main bini orang para retis tak tutup aurat dan para banduan yang berdosa...  

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040631 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top