Apabila bercakap mengenai hutang terutama sekali membabitkan wang ringgit, perkara ini bukan hanya menyebabkan pertelingkahan antara rakan baik tetapi juga boleh menjadi punca terputusnya hubungan sesama anggota keluarga.
Bahkan, hutang tersebut masih menjadi sebutan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia dan mungkin mereka yang dekat dengan si mati menjadi sasaran pemiutang bagi menuntut pemiutang.
Di Indonesia, majlis pengebumian bertukar kecoh apabila ada individu yang tampil meminta keluarga si mati terlebih dahulu melunaskan hutang arwah sebelum meneruskan proses pengebumian tersebut.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Inisial_a.93 di aplikasi TikTok, walaupun dilatari dengan muzik kuat, jelas kedengaran seorang wanita mengatakan menjelaskan kekecohan yang timbul itu adalah disebabkan tuntutan hutang berkenaan.
Tetamu yang hadir pada hari yang menyedihkan buat keluarga itu kelihatan berbincang sesama sendiri mengenai perkara tersebut. Mungkin mereka bersimpati pada keluarga si mati yang terperangkap dalam masalah tersebut.
Difahamkan sepupu daripada isteri si mati telah datang dan menahan jasad dari dimandikan dan menuntut hutang sebanyak RM604 termasuk kadar bunga atas alasan lambat dibayar.