CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Astargfirullahalazim' - Buku Sekolah Label Komuniti Skateboard Tiada Penghayatan Agama?

27-4-2022 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2970| Komen: 38

Kandungan sebuah buku teks yang memberi gambaran negatif mengenai aktiviti papan selaju mengundang rasa kurang senang komuniti sukan itu.

Ia berikutan paparan ilustrasi sekumpulan remaja yang sedang bermain papan selaju dilabelkan tiada penghayatan agama atau tiada kepercayaan dalam hidup.


Kredit foto: IG sk8msia

Menurut pengendali Instagram sk8msia (Skate Malaysia) kandungan buku teks itu merupakan satu fitnah, sekaligus memberi tanggapan negatif kepada peminat sukan berkenaan.

Tambahnya lagi, adalah tidak wajar sekiranya remaja yang terlibat dalam sukan itu digambarkan sebagai individu yang tiada penghayatan agama.


Malah, dia turut memohon Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar mengambil tindakan atas penerbitan buku teks berkenaan.

Dalam posting sama, pengendali Instagram itu turut membuat pautan kepada laman sosial Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berhubung isu tersebut.



Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa tidak puas hati atas kandungan yang dipaparkan dalam buku teks berkenaan.

Selain itu, sebilangan netizen turut berpendapat sebaliknya dan menganggap ia sebagai salah faham sahaja.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 27-4-2022 10:31 AM
I nak guna pendekatan KBAT ya, dalam soalan atau keterangan tu dia tulis “remaja” bukan “remaja-remaja”, so mata I tertumpu dekat remaja pakai baju hijau yang mungkin ponteng sekolah gitu… so soalan dia mengenai gejala ponteng sekolah haha, tapi kalau dia ponteng, makanya kawan-kawan lain dia pun ponteng jugak la kan…
Quote kucingitam 27-4-2022 11:17 AM
hahaa ye betul..pendapat aku ni masalah melepak, ponteng sekolah bukan pasal main skateboard.  
Quote manzilla 27-4-2022 11:24 AM
Nasib baik budak-budak itu tidak pegang rokok. Kalau tidak pasti dah terima notis saman pitenah daripada sekalian kampeni rokok.
Quote darkness 27-4-2022 11:30 AM
kakigojes replied at 27-4-2022 10:31 AM
I nak guna pendekatan KBAT ya, dalam soalan atau keterangan tu dia tulis “remaja” bukan “remaja-r ...

Betul2...aku pun dapat gambaran yg sama
Quote FOTHER-MUCKER 27-4-2022 11:30 AM
Di penhujung tahun 80an- awal 90an kawasan bukit bintang di hadapan regent hotel dan di KL plaza di waktu tu tempat saya dan kawan kawan saya bermain skateboard

bermain skateboard di atas jalan raya dari traffic light jalan bukit bintang sehingga ke sekolah di bawah bukit jalan bukit bintang tu. Waktu itu walaupun malam minggu kawasan itu pukul 7pm dah sunyi tiada kenderaan. Kita orang main skate board sehingga 12 tengah malam. Waktu itu kawasan lot 10 tu dipenuhi hutan lalang.

Dahulu dari regent hotel ke kl plaza tu ada tunnel di bawah jalan bukit bintang
Quote FOTHER-MUCKER 27-4-2022 11:41 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-4-2022 07:42 PM

Betulah tu anak lobai mana nak main skateboard.

Moral? Lobai juga ada yang tidak bermoral.
Confirmlqh ni idea dari lobai bodoh, main skateboard tiada moral.
Quote SonicSiLandak 27-4-2022 11:44 AM
eja istighfar pun salah... mcm ada sekor forumer tu taip pentadbir sebagai pengtakbir... bahasa Melayu pun fel... belum lagi dia fel sains kata aurora tu graviti...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
Quote stingeramdhan 27-4-2022 11:44 AM
Pendidik/setters makan gaji buta ...triple confirm.
Quote nawtylulu 27-4-2022 11:45 AM
kakigojes replied at 27-4-2022 10:31 AM
I nak guna pendekatan KBAT ya, dalam soalan atau keterangan tu dia tulis “remaja” bukan “remaja-r ...

stuju gk, sb tu bdak tu sorg bju lain x pkai uniform. tp ni buku teks apa? knapa xde penghayatan agama lak..
Quote Skuau 27-4-2022 11:48 AM
FOTHER-MUCKER replied at 27-4-2022 11:30 AM
Di penhujung tahun 80an- awal 90an kawasan bukit bintang di hadapan regent hotel dan di KL plaza di  ...

sampai 12 tgh mlm buta??? Syukur x kena gilis..ngn amoi...
Quote kakigojes 27-4-2022 12:44 PM
darkness replied at 27-4-2022 11:30 AM
Betul2...aku pun dapat gambaran yg sama

KBAT kita aras tinggi ni, kena naik elevator
Quote kakigojes 27-4-2022 12:44 PM
nawtylulu replied at 27-4-2022 11:45 AM
stuju gk, sb tu bdak tu sorg bju lain x pkai uniform. tp ni buku teks apa? knapa xde penghayatan a ...

I suspek pendidikan moral…
Quote ibu_haritz 27-4-2022 01:05 PM
FOTHER-MUCKER replied at 27-4-2022 11:30 AM
Di penhujung tahun 80an- awal 90an kawasan bukit bintang di hadapan regent hotel dan di KL plaza di  ...

hahaha..teringat moment tu..KL Plaza mmg top dulu..bdk2 meluncur dari Starhill turun ke mapley..
Quote joeyss 27-4-2022 01:12 PM
Bagus apa main skateboard ni. Anak aku main skateboard petang2 kat skatepark. Tp dengan pengawasan aku la. Risau takut patah riuk nanti
Quote damsel_fiji 27-4-2022 01:18 PM
patut tunjuk flat2 pprt yg kotor mcm kandang babi kat malaysia ni..tu bru betul xde penghayatan agama
Quote FOTHER-MUCKER 27-4-2022 01:20 PM
Skuau replied at 26-4-2022 07:48 PM
sampai 12 tgh mlm buta??? Syukur x kena gilis..ngn amoi...

Haha itulah nasib baik amoi tu belum lahir lagi waktu tu!

Ha sampai 12 tengah malam. Pung pang pung pang kita orang main skateboard dalam tunnel dibawah jalan bukit bintang tu dan di kl plaza.  Masa itu pukul 6pm kl plaza dah tutup business. Di waktu tu hanya ada 3 shopping malls sahaja di bb tu iatu sungai wang bb plaza dan kl plaza.

Kawasan pavilion sekarang adalah sekolah.

Quote Gingerly 27-4-2022 01:33 PM
Gambar di atas menunjukkan remaja yg sedang bersantai sambil menunggu ibu bapa jemput pulang dari skewl.

Nextime bagi la gambar remaja skewl melepak dalam longkang sambil smoking atau bergaduh atau hidu gam atau minum bir??
Quote krustykrab 27-4-2022 01:40 PM
Kalau tgkngambo ni nmpk bebudak sekolah melepak.. Lg elok kalau pelukis letak rokok kat tangan masing2
Quote FOTHER-MUCKER 27-4-2022 01:41 PM
ibu_haritz replied at 26-4-2022 09:05 PM
hahaha..teringat moment tu..KL Plaza mmg top dulu..bdk2 meluncur dari Starhill turun ke mapley.. ...

Star hill tu baru lagi. Waktu saya dahulu kawasan star hill tu kawasan hutan kecil.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042031 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top