Satu perkongsian milik Instagram personaliti media sosial dan pengasas Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad menarik perhatian ramai di media sosialnya.
Usahawan berjaya ini mendedahkan dia menaja tiket bas percuma untuk para pelajar dan orang ramai yang ingin pulang ke kampung. Pengumuman itu dibuat di Instagramnya semalam. Pengasas Ainaa Beauty itu berharap dengan adanya bas yang di taja ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban dari segi kewangan mereka.
Melihat dalam video yang dikongsikan pula, Hafiz menjelaskan dia tidak mengenakan sebarang bayaran sebaliknya hanya meminta mereka yang bakal menaiki bas tersebut mendoakan kejayaan perniagaannya. Untuk rekod, perkhidmatan bas percuma yang ditaja Hafiz ini bakal bertolak dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur, Utara pada hari Jumaat ini nanti. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT