CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Desak MV Pondan Aliff Syuri Dipadam, SKMM Kata Tiada Kuasa Nak Sekat!

27-4-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1346| Komen: 5

Description: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tiada kuasa untuk menyekat video muzik (MV) lagu berjudul Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tiada kuasa untuk menyekat video muzik (MV) lagu berjudul Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menjelaskan sekatan berkenaan hanya boleh dilakukan apabila mendapat perintah mahkamah.




"Kalau sekat dahulu, orang boleh saman kita. Kalau mahu sekat, perlu berdasarkan kepada undang-undang.

"Kementerian tidak boleh sekat. Yang boleh buat keputusan sekat adalah mahkamah. Kementerian hanya melaksana.


"Kalau menteri boleh sekat. Saya ni hari-hari ada benda nak sekat. Tapi kena ikut undang-undang. Dia ada kaedah," katanya seperti dilapor Sinar.

Annuar mengulas cadangan segelintir pihak yang mahu MV lagu tersebut dipadam daripada laman YouTube dan media sosial.

MV raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Pada pagi Selasa, Aliff tiba di perkarangan SKMM diiringi dua individu.

Kehadiran selebriti kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik lagu nyanyiannya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Dalam pada itu, Annuar berkata selagi sesuatu perkara tersebut tidak dapat dibuktikan menyalahi undang-undang, maka tiada tindakan yang akan diambil.

"Hanya kalau melanggar undang-undang, baru akan ada tindakan yang boleh dibuat. Kalau tiada, kita tidak boleh buat sesuatu atas dasar ikut suka.

"Sebab SKMM bawah saya. Kalau saya beri pendapat, nanti siasatan dipengaruhi oleh saya," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 27-4-2022 10:47 AM
Kan dah botolll
Quote Normabaru 27-4-2022 10:54 AM
MCMC ni ada kuasa bila melibatkan ahli politaik je..risau kisah sebenar leak etc..kasihan msia
Quote Buritan 27-4-2022 11:16 AM
Tahung dpn lehh lg laa buat laguu.. tajuk lagu.. tahun ni kami kebal...
Quote nawtylulu 27-4-2022 11:21 AM
Biasa dah ni.. Si alip ni pon tiap2 thun buat je bnde sama. kebal kn..
Quote Kurex 27-4-2022 11:28 AM
Mv tu kalau dia dgn bina dia dan anak2nya je, pun dah ok.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042172 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top