Pernah tak di antara kita yang pernah membeli baju secara online tetapi seller terus ghaib ataupun baju tidak pernah sampai ke tangan kita? Semalam viral perkongsian daripada pengguna Twitter yang dikenali sebagai Cha. Perkongsian wanita ini mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk menjawab persoalan mengapa barangan online shopping anda masih belum dapat. Menurut info, wanita ini telah mengumpul senarai 'scammer' yang menjual baju raya di media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk membantu orang lain agar tidak tertipu dengan scammer yang semakin berleluasa. Tambah wanita itu, kebanyakan pelanggan akan tertipu dengan akaun scammer itu kerana mempunyai bilangan follower yang banyak dan feedback palsu juga diletakkan untuk menyakinkan orang ramai bahawa akaun itu sah. Di samping itu, wanita itu juga sempat memberi tips dan panduan untuk mengenal pasti sama ada online seller itu scammer ataupun tidak. Sebelum membuat pembelian, pembeli dinasihati untuk melayari laman web Jabatan Siasatan Jenayah Kormesil PDRM untuk menyemak nombor akaun atau nombor telefon seller. -CARI |
kakigojes replied at 26-4-2022 09:22 PM
Sis, I baca sampai naik telianng, mana artis nye dalam artikel ni…..
Normabaru replied at 26-4-2022 05:42 PM
Dah keje pembeli plak nk kena check satu2..
polis Malaysia ni mandul2 ke semuanya???
ADVERTISEMENT