Untuk menjadi anggota polis, individu itu perlu menjalani pelbagai latihan kecergasan untuk melihat jika individu itu ada kebolehan dan kekuatan untuk menjadi seorang anggota polis. Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di media sosial Twitter yang memaparkan seorang anggota polis wanita yang sedang melalui latihan yang melibatkan tembakan dan pergerakan di sekitar kawasan latihan itu. Difahamkan, ramai netizen memberi kritikan kepada wanita itu kerana dia bergerak agak perlahan dari awal hingga tamat video itu. Tambahan pula, ramai yang mempertikai prosedur untuk menyertai latihan polis, ramai yang tahu bahawa kecergasan fizikal pastinya penting sepanjang tempoh latihan itu. Walau bagaimanapun, ada juga yang memuji wanita itu kerana cara tembakanya yang tepat walaupun pergerakannya perlahan dan wanita itu nampak fokus dengan latihannya. Malahan, ada yang mengatakan wanita itu ada sejarah dengan masalah lutut dan orang ramai perlu mengambil kira tentang kecederaan itu. -CARI |
ADVERTISEMENT