Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa mendedahkan pihak polis menyita wang bayaran yang diterimanya ketika mengadakan persembahan dalam majlis anjuran DNA Pro.
"Ada sejumlah wang yang akan saya kembalikan. Bukan dikembalikan tetapi ditahan buat sementara waktu," kata Rossa selepas selesai memberikan keterangan di Balai Polis Jakarta, semalam.
Pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani turut berkata bahawa pihak polis bertanyakan beberapa soalan mengenai keterlibatannya dengan DNA Pro Akademi, sebuah platform yang menggunakan aplikasi robot trading yang dijual kepada anggota DNA Pro.
Sumber Kompas
Rossa dianggap mempunyai kaitan dengan pelaburan haram terbabit gara-gara pernah menghiburkan tetamu pada salah sebuah majlis yang diadakan oleh DNA Pro Akademi.
"Saya ditanyakan apa hubungan saya dengan mereka, saya katakan bahawa saya menyanyi untuk sebuah acara yang kemudiannya diketahui namanya DNA Pro terus sudah jadi begitu. Saya cuma menyanyi sekali sahaja dalam acara anjuran mereka," kata Rossa.
Memetik laporan Kompas, Rossa menegaskan dia sama sekali tidak mengenali mana-mana pihak dari DNA Pro Akademi.
Kata penyanyi itu, setiap kontrak yang berkaitan dengan pekerjaannya akan disediakan oleh pihak pengurusannya dan bukan dirinya secara langsung.
"Adakalanya, saya sendiri tidak tahu menyanyi di majlis mengenai apa atau di mana. Saya jarang bertanya mengenai hal terbabit," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My