CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bella Hadid Sibuk Dengan Karier, Akui Jadi Punca Dia Lalai Jalankan Ibadah Puasa

22-4-2022 04:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6890| Komen: 43|Original author: tatod

Description: Model terkenal antarabangsa berketuruan Palestin, Bella Hadid berkongsi kisah kepada Harper's Bazaar bahawa ayahnya, Mohamed Hadid sudah mulai mengajarnya untuk berpuasa sejak kecil lagi.Mendedahkan p ...

Model terkenal antarabangsa berketuruan Palestin, Bella Hadid berkongsi kisah kepada Harper's Bazaar bahawa bapanya, Mohamed Hadid sudah mulai mengajarnya untuk berpuasa sejak kecil lagi.

Mendedahkan perkara tersebut dalam satu temu bual bersama majalah berkenaan, model terbabit berkata agama dan budaya adalah antara perkara penting yang diterapkan oleh ayahnya.

"Bapa saya selalu bersemangat mengajar hal agama dan budaya dan ia membuatkan saya lebih teruja untuk tahu lebih banyak perkara mengenai asal-usul saya" katanya.


Adik kepada Gigi Hadid itu juga menceritakan keluarganya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan termasuklah merayakan Aidilfitri bersama keluarga.


Bagaimanapun, apabila usianya semakin meningkat serta jadual kerja yang padat menyebabkan dia lalai untuk melakukan ibadah terbabit. Bella tanpa segan silu mengakui dan menyesali perkara tersebut.

"Kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama-sama. Sejak kecil lagi saya sudah diajar untuk berpuasa.

"Namun, apabila semakin dewasa dan mula bekerja serta melanjutkan pelajaran, saya semakin sukar untuk berpuasa untuk tempoh yang panjang," katanya.



Sekadar info, Bella adalah antara selebriti yang lantang bersuara menyuarakan pendapat mengenai isu semasa terutama sekali membabitkan Palestin. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 22-4-2022 06:16 AM
Knp iolss rasa dia ni attention seeker hahhhaha. Bukan nya islam pon nak puasa bagai. Ayah dia je yg kekal islam kan. Tp arak tetap teguk. Gitteww urban muslim
Quote matjerk 22-4-2022 07:54 AM
Puasa je ke ayah kau ajar..? Solat? Memakai pakaian sopan?
Quote djzara81 22-4-2022 08:14 AM
Walopon bella ni obviously tak amalkan Islam, tapi dia tetap bangga dgn her muslim heritage. Hopefully one day she will become a better muslim.
Meanwhile here in Msia, born muslim meleis muka totok siap provoke & kutuk2 agama sendiri. Bab2 non muslim mencapub hal islam je sibuk nak berpihak kat non muslim. Puiihhh!
Quote bondeh 22-4-2022 11:16 AM
Bila compare Bella Hadid & Alicia Amin nih cam jauh beza sangat. Bella nih nampak dia proud susur galur muslim dia, si Alicia berkerak bangga dgn serpihan darah German mak dia pastu suka lekeh2 kan adat melayu & Islam. Open sangat.
Quote Straya 22-4-2022 01:27 PM
djzara81: Walopon bella ni obviously tak ...


Sama macam apa yg aku nak luahkan. Contoh so called melayu msia yang bangga sangat kutuk2 islam & melayu macam harith botak tu la.bila kes tu terbalik,melayu yang jadi mangsa,diam tak berkutik
Quote lasagna 22-4-2022 04:01 PM
djzara81 replied at 22-4-2022 08:14 AM
Walopon bella ni obviously tak amalkan Islam, tapi dia tetap bangga dgn her muslim heritage. Hopeful ...

ya btul stuju juga dgn chuols, dia tak se-perfect and practice islam pun, tp at least asal isu palestine jer dia bangga utk part itu. moga kita doakan dia berubah kearah islamic, bkn spt acik Alicia ittew.. opss.
Quote Itzy 22-4-2022 04:51 PM
ni kerana dia tak rasa macam family bella kena di palestin. Kalau kena mampus nak rasa bangga dengan keturunan yahudi kristen laknat semua tu.
Quote iolss 22-4-2022 05:33 PM
Urban gituu....
Quote mzzenma 22-4-2022 11:11 PM
Lah bella ni adik ke? Selama ni mzz ingat dia kakak, gigi before si bongsu anwar.. sisters yg lain tu tengah2..

salah rupanya.. gigi lagi tua
Quote gideoncross 23-4-2022 09:50 PM
Beribear replied at 22-4-2022 06:16 AM
Knp iolss rasa dia ni attention seeker hahhhaha. Bukan nya islam pon nak puasa bagai. Ayah dia je yg ...

Dorg ni Muslim secular gitu, dia ni rilek je half naked & teguk beer lol.
Quote gideoncross 23-4-2022 09:54 PM
mzzenma replied at 22-4-2022 11:11 PM
Lah bella ni adik ke? Selama ni mzz ingat dia kakak, gigi before si bongsu anwar.. sisters yg lain t ...

Gigi kakak sulung, Bella adik prmpuan & Anwar adik bongsu.
Quote gideoncross 23-4-2022 09:56 PM
lasagna replied at 22-4-2022 04:01 PM
ya btul stuju juga dgn chuols, dia tak se-perfect and practice islam pun, tp at least asal isu pal ...

Klau one day nnti Gigi, Bella & Anwar brspakat pulang ke pngkal jlan, mmg respect ah. Sbb hti ni Allah SWT yg pgang.
Quote gideoncross 23-4-2022 09:57 PM
bondeh replied at 22-4-2022 11:16 AM
Bila compare Bella Hadid & Alicia Amin nih cam jauh beza sangat. Bella nih nampak dia proud susur ga ...

Even Sarah Hildebrand pun mcm xde je condemn psl prangai org2 lain dlm buln Ramadhan, Bella plak urban tpi x smpai camtu.
Quote gideoncross 23-4-2022 09:59 PM
djzara81 replied at 22-4-2022 08:14 AM
Walopon bella ni obviously tak amalkan Islam, tapi dia tetap bangga dgn her muslim heritage. Hopeful ...

Yg ni iol stuju wlaupun iol bukan fans anak-branak Hadid ni, one day klau dorg pulng ke pangkal jln, mmg pcah rekod.
Quote djzara81 23-4-2022 11:32 PM
gideoncross replied at 23-4-2022 09:59 PM
Yg ni iol stuju wlaupun iol bukan fans anak-branak Hadid ni, one day klau dorg pulng ke pangkal jl ...

Ada onetime tu, Bella shared her opinion psl muslim hijabis yg kene oppress kt France ke negara mana ntah. Bella siap sokong the rights of wearing hijab walopon she jenis half naked.
Kt Msia ni terbalik. Yg muslim secular liberal plak bising psl hak masing2 tak berhijab, siap petik kata hijab tak wajib padahal surah An-Nur ada ayat psl kewajipan menutup aurat.
Quote Revolver 24-4-2022 08:17 PM
Awat tua bebenor rupa bella ni
Quote mama_cat 24-4-2022 08:25 PM
djzara81 replied at 23-4-2022 11:32 PM
Ada onetime tu, Bella shared her opinion psl muslim hijabis yg kene oppress kt France ke negara ma ...

walaupun non practising tapi tetap la igt asal keturunan gitu... nampak depa ni lagi rapat ngan apak depa compare ngan mak depa yg borderline narcissist tu...
Quote annehuda 25-4-2022 01:35 AM
Bella dulu ngaku dia sembahyang ye. Tp i rasa dia jenis sembahyang tonggang tonggek jugak kot.
Quote lasagna 25-4-2022 08:06 AM
gideoncross replied at 23-4-2022 09:56 PM
Klau one day nnti Gigi, Bella & Anwar brspakat pulang ke pngkal jlan, mmg respect ah. Sbb hti ni A ...

Hidayah itu milik Allah...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.211715 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top