CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Awalnya Dia Sangat Baik Sampailah Saya Buka Kasut Sendiri - Depp Dedah Penipuan Amber

21-4-2022 04:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33451| Komen: 345

Description: Dunia Hollywood sedang menyaksikan sebuah kes berprofil tinggi apabila pesohor seni mereka, Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard sedang ‘berperang’ di mahkamah.
Dunia Hollywood sedang menyaksikan sebuah kes berprofil tinggi apabila pesohor seni mereka, Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard sedang ‘berperang’ di mahkamah.


Mereka bercerai pada 2018 sebelum Heard mendakwa telah dikasari dan dipukul Depp sehingga membuat karier aktor itu malap selepas laporan yang dikeluarkan sebuah akhbar menang di mahkamah.

Kini, Depp berada di mahkamah dan selesai memberi keterangan selepas menyaman Heard atas dakwaan memfitnah berdasarkan laporan yang dikeluarkan media tersebut.


Kredit foto: EonOnline

Dalam keterangannya di mahkamah di Fairfax, Virginia, bintang berusia 58 tahun itu mengatakan tujuan dirinya membawa kes ke mahkamah adalah untuk memberitahu kebenaran.


“Tidak pernah dalam hidup saya mengasari atau memukul Heard seperti yang didakwa. Saya juga tidak pernah memukul wanita lain,” kata Depp yang mengaku terkejut selepas mengetahui dakwaan Heard terhadapnya.

Sejak itu, Depp berikrar untuk memberitahu perkara sebenar yang disifatkan penting bukan sahaja buat dirinya tetapi dua anaknya, Lily-Rose, 22, dan Jack, 20.

“Saya menunggu enam tahun untuk ini. Saya lakukan ini bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak anak saya.

“Apa yang berlaku, segala tuduhan tidak berasas telah merosakkan reputasi dan karier saya. Jadi saya hanya berminat untuk mencari kebenaran,” luah Depp lagi seperti dilaporkan People.

Sementara itu, memetik laporan DailyMail.uk, Depp menceritakan pada awal perkenalannya dengan aktres berusia 35 tahun itu semuanya indah.

Beliau mengatakan jatuh cinta kepada Heard selepas melakukan babak cium dalam filem The Rum Diary pada tahun 2011.

“Pada awalnya semua sangat indah. Dia seorang yang sangat mengambil berat, baik hati, bertimbang rasa, bijak, lucu dan kami berkongsi banyak minat yang sama,” akui Depp.

Namun bintang The Pirates of the Caribbean ini mendakwa segalanya berubah selepas beliau ‘melanggar’ peraturan setelah mereka berkahwin.

“Sejak berkahwin, Heard melayani saya dengan baik. Adalah menjadi rutin buatnya apabila saya pulang ke rumah, dia akan menyambut saya dengan membukakan kasut dan memberi air kepada saya.

“Namun satu hari saya telah melanggar peraturan ini. Saya membuka kasut sendiri selepas melihat dirinya agak sibuk. Dan saya lakukannya dengan ikhlas.

“Heard kemudian bengang dan marah kerana tidak menunggu dia melakukan rutin tersebut. Dan sejak itu sedikit demi sedikit sikap buruk serta kasarnya terserlah,” kenang Depp.

Depp dan Heard berkahwin pada 2015 dan bercerai tiga tahun kemudian iaitu sekitar 2017. Sejak itu, pasangan yang pernah dilihat sangat serasi dan dicemburui tersebut tidak memiliki hubungan baik sehingga Heard mendakwa hidup merana bersama Depp kerana sering mengalami kekesaran dalam rumah tangga.


Sumber: Gempak

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 21-4-2022 05:39 AM
ingatkan dia bukak gunting kt tgn yg byk2 tu....
Quote Perawankota 21-4-2022 07:04 AM
Org mental memang mcmtu.. Kalau org tak ikut cakap dia, mulalah dia nak ngamok
Quote whimsicalmusic 21-4-2022 07:06 AM
Im with johnny depp in this..heard ni nmpk cm mengambil kesempatan atas dia..byk baca bnda x elok psl dia ni..even family depp pn xsuka dia sgt
Quote my_irina 21-4-2022 07:16 AM
i ollz team depp!!! even ex partner dia vanessa paradise pun ckp dia bukan seorang kaki pukul...
i ollz tak percaya lgsg dia ni jenis angkat tangan...rase dia ni ade side yg sgt soft despite his looks mcm tu....bodoh amat amber tu tak reti bersyukur ko dah dpt ladang emas kottt...brapa tahun je la lagi si depp ni leh idup...ko layan je la elok2...seriously i ollz tgk dkt yt law & crime nmpk how cold n takde reaction sgt...pastu suke copy cat style johnny...johnny pakai tie bie...dia ikut the next day...johnny ikat ponny tail...dia ikut the next day gak....mmg totally a psycho!!!
Quote kaoru44 21-4-2022 07:41 AM
I xfollow sgt kes2 artis luar ngara ni..tp kes amber ni baca komen2 pun semua kata dia ni mcm psiko je..
Quote Mulotkoyak 21-4-2022 08:16 AM
Perawankota: Org mental memang mcmtu.. Kala ...
macam kebanyakkan netizen malaysia je perangai cmni
Quote elzy 21-4-2022 08:21 AM
Saya pun berpihak kepada Depp.. Tak sabar nak tahu keputusan kes ni..
Quote kucingitam 21-4-2022 08:47 AM
depp ni nampak je muka ganas..tapi lembut orangnya...eh mcm kita kenal dia plak...hahha..tak bersyukur betul si amber dpt jejaka terhangat yang baik mcm depp ni.
Quote NaylaArisha 21-4-2022 09:09 AM
so maksudnya amber ni ada masalah mental lah kan
Quote RinIna 21-4-2022 09:13 AM
Depp laki idaman ku.. hensem dan baik..huhu.. kenapala bini dia wat gitu.. beruntung kot dapat depp..
Quote helicornia 21-4-2022 09:26 AM
Ada kt yt sesi Johnny Depp n jury.tak Tau plak sesi mahkamah bole rakam.byk siri.tp soalan jury mmg detail.siap tanya mcmana mula2 berlakon.JD ckp dia musician pastu band dia bubar tkde job.kebetulan dia kawan dgn Nicholas cage.nicholas yg perkenalkan dia dgn ejen utk casting.dia citer sampai dia dpt watak jack sparrow
Quote nononcrux 21-4-2022 09:41 AM
aduh Johnny depp kesian kau, dpt bini yg PSY.. minat gila ngn depp ni
Quote babelina 21-4-2022 09:54 AM
amber siap ambik ank angkat skrg nie.. nk tnjuk sisi baik dia kot..hehe
aku suka jonny depp nie.. dia nya karisma.. bodo la amber nie..
Quote alesandra 21-4-2022 04:29 PM
tapi mainstream media byk sided kat amber.i'm worried
Quote Orix 21-4-2022 05:23 PM
amber ni xnak pulak ngandungkan anak elon musk ms berskandal dlu... ujong2 grimes tu yg beranak pinak
Quote KBW2 21-4-2022 05:53 PM
Fuhhh bukakan kasut, beri air. Dasat macam isteri mithali dambaan setard-setard.
Quote KBW2 21-4-2022 05:54 PM
Orix replied at 21-4-2022 05:23 PM
amber ni xnak pulak ngandungkan anak elon musk ms berskandal dlu... ujong2 grimes tu yg beranak pina ...

Orang syak anak dia si Oona Paige tu adalah hasil dia dengan Elon Musk.
Quote KBW2 21-4-2022 05:55 PM
babelina replied at 21-4-2022 09:54 AM
amber siap ambik ank angkat skrg nie.. nk tnjuk sisi baik dia kot..hehe
aku suka jonny depp nie.. di ...

Bukan anak angkat rasanya. Tu anak dia guna kaedah ibu tumpang.
Quote delia3003 21-4-2022 10:44 PM
Nampak tak lawa sangat pulak muka Amber kat gambar atas tu, dalam Aquaman bukan main lawa.

Bab sambut, bukak kasut, bagi air tu mcm rasa tak logik plak, dah ala drama swasta.

Tapi tetap rasa something wrong dgn Amber ni.

Lihat semua komen(345)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.416580 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top