CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Will Smith Terbang Ke India, Jalani Rawatan Kerohanian

25-4-2022 10:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1902| Komen: 6|Original author: Tatod

Description: Sumber The StarBintang filem Hollywood, Will Smith buat pertama kali membuat penampilan umum di India selepas insiden aktor terbabit menampar pelawak Chris Rock di majlis Anugerah Akademi pada 28 Mac ...
Sumber The Star


Bintang filem Hollywood, Will Smith buat pertama kali membuat penampilan umum di India selepas insiden aktor terbabit menampar pelawak Chris Rock di majlis Anugerah Akademi pada 28 Mac lalu.

Media sosial 'kecoh' dengan penularan rakaman Smith yang tiba di Mumbai dengan berpakaian warna putih. Ketibaannya disambut oleh beberapa orang sami pengikut ajaran Sadhguru.

Rakaman tersebut memaparkan pelakon berusia 53 tahun yang terkenal dengan filem Men In Black itu sempat mengambil gambar bersama beberapa peminat sebelum menuju ke dalam bangunan.



Bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan tujuan Smith melawat India, Bagaimanapun, dia bukanlah 'orang asing' di negara tersebut kerana pada 2019 dia pernah menulis catatan di Instagram mengatakan pengembaraannya ke India menyebabkan dia mengalami perubahan dan membangkitkan pemahaman baharu tentang dirinya.

Ada yang membuat kesimpulan kehadiran Smith di India adalah bagi tujuan muhasabah diri serta menjalani rawatan kerohanian apatah lagi sehingga kini masih ada yang bercakap mengenai kejadian di acara Oscar itu.

Gelombang publisiti negatif itu tidak berhenti hinggakan kemenangannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard (2021) seakan dilupakan. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gangerina 25-4-2022 11:28 AM
eloklah tu...
Quote makneng 25-4-2022 01:11 PM
Eat, pray n love sgt eh…
Acik jada pi mana plak?
Quote ayukpingu 25-4-2022 03:33 PM
makneng replied at 25-4-2022 01:11 PM
Eat, pray n love sgt eh…
Acik jada pi mana plak?

acik jada sibuk dengan playtoy nya agak nya
Quote lasagna 26-4-2022 09:15 AM
amboii smp ke India dia pegi.. elok laa tenang2 kat sna. puas dah kena kecam kat US nu..
Quote juliesha 26-4-2022 12:24 PM
kemain haaa.... mesti mahal bayar pakej vip kat india nun
Quote Page88 27-10-2022 01:39 PM
Will Smith...hhhmmm...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047069 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top