CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Kecewa Bekalan Ubat Diberi Keutamaan Berbanding Makanan

21-4-2022 03:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1095| Komen: 1

Seorang pakar saraf di China menggesa pemerintah menjelaskan sama ada ubat tradisional, Lianhua Qingwen berkesan dalam mencegah Covid-19 sebelum memberi keutamaan untuk mengedarkannya lebih daripada barang makanan dan keperluan asas lain, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.


Sekurang-kurangnya lapan juta kotak kapsul Lianhua Qingwen telah dihantar ke Shanghai dalam usaha mengekang penularan varian Omicron. Pada masa yang sama, 25 juta penduduk kota raya itu kini bergelut untuk mendapatkan bekalan sayur segar, beras dan pelitup muka.


Kredit foto: SCMP

“Pemberian ubat-ubatan Covid-19 perlu berdasarkan ujian dan pemeriksaan yang ketat. Tiada produk palsu atau samar sepatutnya diberikan kepada orang awam.


“Jika keberkesanan ubat Lianhua Qingwen tidak pernah disahkan secara serius, penghantaran mandatori akan menjejaskan kepentingan penduduk yang lebih berdepan kekurangan bekalan makanan,” kata Presiden Universiti Perubatan Ibu Negara di Beijing, Rao Yi.

Menurut kenyataan kepada bursa pada 8 April lalu, syarikat Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical menyumbang ubat  Lianhua Qingwen bernilai AS$9.5 juta (RM40.5 juta) atau bersamaan sekurang-kurangnya lapan juta kotak kepada Shanghai.

Tiga lagi pakar dari Universiti Jinan turut meluahkan rasa kecewa terhadap keutamaan untuk membekalkan ubat Lianhua Qingwen ke Shanghai.


Kredit foto: Bloomberg

“Ia tidak sepatutnya berlaku di mana ubat tidak terbukti berkesan untuk mencegah Covid-19 dihantar kepada individu sihat. Sepatutnya, kapasiti logistik dipenuhi dengan barangan keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk Shanghai,” kata mereka.

Pengedaran ubat tersebut kepada individu sihat menyebabkan doktor-doktor di China memberi amaran agar penduduk tidak mengambil kapsul tersebut melainkan berasa tidak sihat kerana ia boleh mengakibatkan masalah perut atau buah pinggang gagal berfungsi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BawangCaramel 21-4-2022 07:50 AM
IMG_20220420_111311_784.jpg IMG_20220418_175140_589.jpg IMG_20220419_071321_556.jpg

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.032972 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top