Sedih melihat isteri, Uyaina Arshad menahan sakit selepas pembedahan apendiks dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran juga merasakan seperti dirinya tidak berguna.
Menurut Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 29, dia berharap kesakitan yang ditanggung Uyaina itu dapat dipindahkan kepadanya. "Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja. "Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung.
"Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu," katanya ketika dihubungi mStar. Uyaina menjalani pembedahan apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin lepas. Bagaimanapun dia terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami keradangan pada rahim. Uyaina yang kini sedang hamil anak pertama sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu. "Syukur isteri dan kandunganya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu. "Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa," ujarnya.
|
babyorange replied at 15-4-2022 04:49 PM
Mmg la kesian sbb paham sgt sakit appendix tu cmne. Pnh kena mmg sakit.
Tp this couple cm x relax l ...
missyL replied at 15-4-2022 10:33 PM
Tak tkut ain ke dieorg nie
Semua nk up bgthu org
timah03 replied at 15-4-2022 11:52 PM
Dah kena ain la tu sis...
Kena operate... Lepas tu radang rahim pula...
ADVERTISEMENT