Oleh Adib Za Para jejaka, anda inginkan janggut yang lebat, kini semuanya boleh dilakukan sendiri!
Tidak perlu lagi minyak pelebat janggut di luar. Hanya menggunakan beberapa bahan, anda bukan sahaja mendapatkan janggut yang lebih, sihat, malah lebih lembut dan berbau harum.
Malah, tekstur kulit wajah yang ditutupi janggut juga makin terjaga dan lembab. Apa kata anda cuba sendiri resipi 'rahsia' ini, jika anda pentingkan penampilan kelelakian anda.
(Sumber foto: Bestfashion)
1. Minyak 'Carrier'
Anda boleh menggunakan minyak seperti minyak argan, minyak kelapa dara atau minyak jojoba. Namun, paling mudah ialah minyak kelapa dara.
2. Minyak "Essential'
Hanya menggunakan nisbah yang sedikit, ia mampu menambah khasiat pada minyak janggut anda. Pilihan seperti minyak serai, pudina, kayu putih dan sebagainya. Paling mudah ialah minyak essential pudina. Ia menyegarkan kulit dan melembutkan janggut serta jambang.
Cara-cara:
1. Masukkan minyak kelapa dara ke dalam bekas atau botol sehingga hampir penuh.
2. Tambahkan minyak essential kegemaran anda seperti minyak pudina. Hanya titiskan 3 hingga 5 titis sahaja.
(Sumber foto: Art of manliness)
3. Tutup dan goncang botol tersebut. Nah, sekarang minyak janggut anda telah siap.
4. Sapukan pada janggut, jambang dan kumis anda setiap hari. Untuk rasakan kesegaran secara maksimum, gunakan selepas setiap kali mandi atau mencuci wajah. -CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|