Satu petisyen mendesak agar Sam Ke Ting yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas kematian lapan remaja berbasikal lajak dibebaskan dilancarkan sejak semalam dan terus mendapat sambutan.
Petisyen yang dilancarkan oleh seorang individu dikenali sebagai Wan Junaida meletakkan sasaran awal untuk mendapatkan 300,000 tandatangan. Petisyen itu kini mendapat lebih 328,000 tandatangan. Mahkamah Tinggi semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam, 27, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu.
Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada 3.20 pagi 18 Feb 2017. Sumber: FMT
|
Kera2020 replied at 14-4-2022 04:23 PM
Awal-awal taknak buat kad OKU.. kan dah kena petition bagai
mejaputih replied at 14-4-2022 04:37 PM
andai kalau kita di tempat Sam Ke Ting...mampu ke kita elak perkara sedemikian pada jam 2-3 pagi di ...
mejaputih replied at 14-4-2022 06:37 PM
andai kalau kita di tempat Sam Ke Ting...mampu ke kita elak perkara sedemikian pada jam 2-3 pagi di ...
ADVERTISEMENT