CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Robot Terlatih Kupas Kulit Pisang

8-4-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2024| Komen: 1

Kewujudan robot di sebuah kilang di Jepun bukan hanya membantu menjalankan tugas mudah seperti menghantar makanan kepada pelanggan restoran, namun penyelidik mendedahkan kelebihan inovasi itu yang berupaya mengupas kulit pisang tanpa mengeluarkan buah di dalamnya.


Walaupun kejayaan mesin ini hanya pada tahap 57 peratus, pengupasan kulit pisang menunjukkan kemajuan masa depan.

Ia menerusi keupayaan robot menjalankan tugas yang 'lebih halus' daripada menggerakkan bahagian logam atau menghantar kopi.


Kredit foto: The University of Tokyo via Reuters

Video daripada penyelidik di Universiti Tokyo menunjukkan robot itu mengambil dan mengupas kulit pisang, dalam masa kira-kira tiga minit.

Penyelidik, Heecheol Kim, Yoshiyuki Ohmura dan Yasuo Kuniyoshi melatih robot menggunakan proses 'pembelajaran tiruan secara mendalam'.

Ia dilakukan dengan menunjukkan tindakan mengupas pisang ratusan kali untuk menghasilkan data yang mencukupi supaya robot mempelajari tindakan itu dan menirunya.

Dalam kes ini, ia mencapai kadar kejayaannya selepas lebih daripada 13 jam latihan.

Walaupun masih menjalani lebih banyak ujian, Kuniyoshi percaya latihan dijalankan mampu melatih robot melakukan tugas manusia.

Beliau berharap robot yang lebih terlatih dapat mengurangkan masalah kekurangan buruh di Jepun.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raflesia201 16-8-2025 02:04 AM
nanti jadi mcm citer WALL-E, semua robot buat..last2 human being jadik gemuk cam belon

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.211898 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top