CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seronok Ngabuburit Di Lokasi Yang Pernah Dibadai Tsunami Ini

8-4-2022 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4167| Komen: 37

Description: Pada 28 September 2018, masyarakat dunia dikejutkan sekali lagi insiden gempa bumi pada skala 7.5 magnitud melanda kawasan Palu, Sulawesi, Indonesia.
Pada 28 September 2018, masyarakat dunia dikejutkan sekali lagi insiden gempa bumi pada skala 7.5 magnitud melanda kawasan Palu, Sulawesi, Indonesia.


Pusat gempa bumi ini terletak kira-kira 78 kilometer utara dari Kota Palu, iaitu di Kabupaten Donggala Sulawesi Tengah.

Gempa bumi kuat itu 'hadir' bersama tsunami dengan ketinggian maksimum antara empat hingga enam meter.


Kredit foto: Antara

Akibat daripada bencana alam itu, lebih 1,200 individu dilaporkan terkorban, selain bangunan-bangunan di kawasan sekitar runtuh akibat dibadai ombak tsunami.


Gempa bumi tersebut telah menyebabkan Sulawesi Tengah diisytiharkan darurat selama 14 hari bagi memudahkan misi bantuan dan menyelamat digerakkan ke kawasan terjejas.

Kini, selepas hampir empat tahun, 'amukan alam' itu masih meninggal kesan di lokasi sekitar dan juga masyarakat.

Tetapi menariknya, di sebalik insiden itu, lokasi tersebut kini menjadi antara kawasan popular untuk orang awam melakukan aktiviti ngabuburit.

Ngabuburit adalah istilah tempatan, iaitu merujuk kepada waktu menunggu berbuka puasa. Ia lazimnya diserikan dengan pelbagai pengisian acara seperti persembahan nasyid, tazkirah, seminar ilmiah dan juga aktiviti budaya serta riadah.

Mereka yang hadir di kawasan tersebut tidak melepaskan peluang merakam swafoto berlatar belakangkan Masjid Terapung Arkam Babul Rahman.

Masjid tersebut yang masih berdiri kukuh antara bukti betapa dasyatnya kesan akibat tsunami.

“Seronok ngabuburit di sini, dengan pemandangan alam yang indah,” kata salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Ahmad, seperti dilapor ANTARA.

Ahmad menambah, pemandangan yang menakjubkan itu disifatkan sesuai untuk meluangkan masa menunggu waktu berbuka, selain menyajikan pemandangan alam yang menakjubkan.

Seorang lagi pengunjung, Arsyad pula berpandangan, dia lebih suka kawasan pantai untuk ngabuburit berbanding tempat lain seperti bukit, kedai kopi, atau kafe.

"Rasanya lebih baik menunggu waktu berbuka di sini. Sambil menunggu, kita boleh menikmati bayu laut dan ombak sambil melihat nelayan menangkap ikan," ujarnya. 


Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 8-4-2022 11:26 PM
Garuburit tu yang tak menahan tu
Quote sharlenetexas 8-4-2022 11:27 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2022 11:26 PM
Garuburit tu yang tak menahan tu

Menyemburit itu dosa.


Quote kakikuDibibirmu 8-4-2022 11:29 PM
sharlenetexas replied at 8-4-2022 11:27 PM
Menyemburit itu dosa.

Tokoh Semburit Negara tersenyum sinis



Quote sharlenetexas 8-4-2022 11:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2022 11:29 PM
Tokoh Semburit Negara tersenyum sinis

Ex kpn kata tak dapat cam identiti pelaku.

Quote kakikuDibibirmu 8-4-2022 11:32 PM
sharlenetexas replied at 8-4-2022 11:31 PM
Ex kpn kata tak dapat cam identiti pelaku.

Video terlalu kabur katanya, Wallahua'lam
Quote imransulaiman 9-4-2022 06:06 AM
Kampung halaman asal kak @Buritan ke ni?
Quote ultra78 9-4-2022 06:12 AM
Mengundang sungguh nama aktiviti tersebut
Quote Buritan 9-4-2022 06:22 AM
imransulaiman replied at 9-4-2022 06:06 AM
Kampung halaman asal kak @Buritan ke ni?

Hahaha... ye la agaknya..
Quote Decaffeinated 9-4-2022 06:55 AM
apakah ngabuburit itu satu kebutuhan dibulan romadon?

Quote sekngucing 9-4-2022 11:32 AM
bersemburit seribu rasaaa.....oouuuuui
Quote Skuau 9-4-2022 12:03 PM
Edited by Skuau at 9-4-2022 12:05 PM

Waduh!...kok lue seronok menyemburit..lokasinya pernah dibadai tsunami??? ngapain lue???
Quote krustykrab 9-4-2022 01:04 PM
Mencarut brtul nama tempat asal friskies ni
Quote darkness 9-4-2022 01:11 PM
Akibat terlalu menggunakan kata singkatan sampai membawa maksud yg tidak senonoh
Quote namr 9-4-2022 02:00 PM
Hoi wartawan ko kenapa mencarut bulan2 posa nih
Quote depresio 9-4-2022 03:00 PM
Gambar tempat ngabuburit yg aku nak tgk tp gambar semburit pulak yg korg letak
Hampeh
Quote kepompong 9-4-2022 03:04 PM
masjid tu dulu bukan laut. so now kawasan tu yg dulu tempat tinggal org skrg dah jadi lautan?
Quote shernazz 9-4-2022 03:08 PM
Iols baca.komen jelah
Quote ChildrenOfBodom 9-4-2022 03:20 PM
nasib bukan ngangaburit
Quote Friska 9-4-2022 03:21 PM
Alhamduillah, bahasa Indonesia semakin ngetrend di Malaysia

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053847 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top