CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pengarah Steven Spielberg Nasihat Michael Bay Untuk Berheti Mengarah Filem Transformers

5-4-2022 03:58 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2618| Komen: 9|Original author: Agent13k

Filem Transformers pertama yang diarahkan oleh Michael Bay pernah mendapat sambutan yang hangat tetapi selepas beberapa sekuel untuk filem itu, jelas magik filem "Tranformers" itu telah hilang dan mendapat reaksi negatif dari peminat filem.

kredit foto: Hitflix


Petikan dari KakiMuvee, Micheal Bay yang ditemuramah oleh Comingsoon baru-baru ini menceritakan tentang seorang pengarah lagenda memberitahu Bay untuk berhenti mengarah filem francais besar "Transformers."


Difahamkan, Michael Bay menceritakan waktu Steven Spielberg memberitahunya untuk berhenti membuat filem "Transformers" selepas filem ketiga francais iaitu "Transformers: Dark of the Moon". 

Bay juga beritahu bahawa dia sepatutnya mendengar nasihat pengarah lagenda ketika itu kerana arahan terakhirnya iaitu "Transformers: The Last Knight" itu mendapat kritikan yang teruk dan memperolehi kutipan paling sikit dalam francais iaitu hanya ASD605 Juta di seluruh dunia.


Ekoran itu, Bay meninggalkan francais tersebut dan digantikan oleh Steven Caple Jr seorang pengarah yang dikenali dari filem Creed II. Filem terbaru Transformers iaitu Transformers: Rise of the Beasts itu akan dikeluarkan pada tahun 2023. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 5-4-2022 06:45 PM
Dah memang merapu pun.
Quote Adrif 6-4-2022 07:26 AM
yang movie Bumblebee paling tak best antara semua, bagi aku la.

tapi setuju, makin lama makin tak best filem-filem Transformers ni.. aku ingatkan aku hilang minat sebab dah makin tua ke ape.
Quote KamikuP 6-4-2022 09:22 AM
Kartun Transformers The Movie gak yg best masa tahun 80an dulu
Quote lasagna 6-4-2022 10:28 AM
merapu sgt dah Transformers movie ni.. koser dah nk folo yg part last tu. jauh trsasar. bg chance laa director lain buat.
Quote delia3003 6-4-2022 01:14 PM
Edited by delia3003 at 6-4-2022 01:22 PM

I tengok Transformers sbb action je, asalkan plot tak merapu. The Last Knight tu banyak merapu dan meleret. Tapi I tetap tgk 2x jugak kat cinema sbb dah minat. Kat tgh2 tu mmg bosan ler tapi takde ler bosan sgt sampai tahap skala menguap  Ada ke Hot Rod tu diorang jadikan pak lawak dah ala2 Bumblebee pulak.

Filem Bumblebee tu bosan yg amat, kurang action, byk pasal heroine tu pulak dan meleret2. Nasib baik tak pegi tgk kat panggung. Patut tukar tajuk Bumblebee & nama heroine tu. Tapi film critics puji filem Bumblebee, ada 'soul'. Kesah pulak mcm I cakap, tgk filem Transformers utk action je.
Quote Cero8487 7-4-2022 11:35 PM
Tgk yg 1 & 2 je..dah tukar heroin trus xtgk dah.. ????
Quote delia3003 8-4-2022 02:35 PM
Cero8487 replied at 7-4-2022 11:35 PM
Tgk yg 1 & 2 je..dah tukar heroin trus xtgk dah.. ????

Paling tak suka heroine T3, berlakon keras kejung kayu jati.
Quote Lagubestbest 9-4-2022 02:18 AM
Makin kompleks dan karakter terlalu banyak hingga hilang "aura" setiap watak.
Quote haifawehbe 10-4-2022 04:56 AM
yg 1st dgn 2nd jer best lepas tu merepek.. silap besar amik model victoria secret tu jadi pelakon lemah sgt keje menjerit jer berbanding megan fox nampak la cergas sikit dlm filem action..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042486 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top