View: 1696|Reply: 9
|
Pengarah Steven Spielberg Nasihat Michael Bay Untuk Berheti Mengarah Filem Transformers
[Copy link]
|
|
Filem Transformers pertama yang diarahkan oleh Michael Bay pernah mendapat sambutan yang hangat tetapi selepas beberapa sekuel untuk filem itu, jelas magik filem "Tranformers" itu telah hilang dan mendapat reaksi negatif dari peminat filem.
kredit foto: Hitflix
Petikan dari KakiMuvee, Micheal Bay yang ditemuramah oleh Comingsoon baru-baru ini menceritakan tentang seorang pengarah lagenda memberitahu Bay untuk berhenti mengarah filem francais besar "Transformers."
Difahamkan, Michael Bay menceritakan waktu Steven Spielberg memberitahunya untuk berhenti membuat filem "Transformers" selepas filem ketiga francais iaitu "Transformers: Dark of the Moon".
Bay juga beritahu bahawa dia sepatutnya mendengar nasihat pengarah lagenda ketika itu kerana arahan terakhirnya iaitu "Transformers: The Last Knight" itu mendapat kritikan yang teruk dan memperolehi kutipan paling sikit dalam francais iaitu hanya ASD605 Juta di seluruh dunia.
Ekoran itu, Bay meninggalkan francais tersebut dan digantikan oleh Steven Caple Jr seorang pengarah yang dikenali dari filem Creed II. Filem terbaru Transformers iaitu Transformers: Rise of the Beasts itu akan dikeluarkan pada tahun 2023. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yang movie Bumblebee paling tak best antara semua, bagi aku la.
tapi setuju, makin lama makin tak best filem-filem Transformers ni.. aku ingatkan aku hilang minat sebab dah makin tua ke ape. |
|
|
|
|
|
|
|
Kartun Transformers The Movie gak yg best masa tahun 80an dulu |
|
|
|
|
|
|
|
merapu sgt dah Transformers movie ni.. koser dah nk folo yg part last tu. jauh trsasar. bg chance laa director lain buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 6-4-2022 01:22 PM
I tengok Transformers sbb action je, asalkan plot tak merapu. The Last Knight tu banyak merapu dan meleret. Tapi I tetap tgk 2x jugak kat cinema sbb dah minat. Kat tgh2 tu mmg bosan ler tapi takde ler bosan sgt sampai tahap skala menguap Ada ke Hot Rod tu diorang jadikan pak lawak dah ala2 Bumblebee pulak.
Filem Bumblebee tu bosan yg amat, kurang action, byk pasal heroine tu pulak dan meleret2. Nasib baik tak pegi tgk kat panggung. Patut tukar tajuk Bumblebee & nama heroine tu. Tapi film critics puji filem Bumblebee, ada 'soul'. Kesah pulak mcm I cakap, tgk filem Transformers utk action je. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk yg 1 & 2 je..dah tukar heroin trus xtgk dah.. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Cero8487 replied at 7-4-2022 11:35 PM
Tgk yg 1 & 2 je..dah tukar heroin trus xtgk dah.. ????
Paling tak suka heroine T3, berlakon keras kejung kayu jati. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin kompleks dan karakter terlalu banyak hingga hilang "aura" setiap watak. |
|
|
|
|
|
|
|
yg 1st dgn 2nd jer best lepas tu merepek.. silap besar amik model victoria secret tu jadi pelakon lemah sgt keje menjerit jer berbanding megan fox nampak la cergas sikit dlm filem action.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|