Baru-baru ini, pendakwah Mizz Nina memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya, menitipkan rasa syukur dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya terutamanya ketika bulan Ramadan. Menerusi kapsyen posting itu, Mizz Nina berkata, ujian diberikan Allah SWT untuk menguji orang-orang yang paling dikasihi-Nya untuk melihat bagaimana kita menghadapi ujian-ujian itu. Menurut Mizz Nina, sebagai seorang manusia kita sering kali tersesat dan kadangkala terlupa tentang hikmah dan kebaikan di sebalik ujian yang diberikan serta bagaimana Allah menghapus dosa-dosa kita dari setiap air mata yang jatuh dan juga setiap kesakitan yang kita hadapi. Tambahnya, ujian yang kita rasai akan menyucikan diri kita sendiri. Kadangkala kita perlu merasai kesakitan supaya boleh menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mengakui kekurangan kita dan berserah diri kepada Allah. Mizz Nina juga berdoa agar Tuhan mengizinkan dirinya dapat menyambut bulan Ramadan ini dengan hati yang lebih lembut dan bersedia untuk beribadah. Hidup Mizz Nina juga semakin berbeza sejak bergelar seorang ibu dan katanya, dia tidak sabar untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama anaknya yang dinamakan Musa. Sekadar info untuk semua, awal tahun ini Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh telah memperkenalkan Musa sebagai anak angkat mereka. Keputusan mereka untuk mengambil anak angkat dibuat selepas pelbagai rawatan dilakukan untuk memperoleh zuriat gagal. Meninjau ke ruangan komen, kelihatan pelbagai reaksi positif diberikan berkenaan ayat yang ditulis oleh Mizz Nina. Namun, yang menarik perhatian netizen adalah komen yang dituliskan oleh pengacara popular iaitu Fara Fauzana. - CARI |
makadek: Mizz nina muka bare face tak n ...
prince_marhaen replied at 5-4-2022 01:47 PM
nanny fafau jaga baby bersama nanny xila rambutan amxia, nanny zara gigi mentos zya, ngan nanny jiha ...
makadek replied at 5-4-2022 12:43 PM
Mizz nina muka bare face tak nampak kepam @ haukkkk .... simple je aura org kaya
ADVERTISEMENT