CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Rotan Murid Sampai Berbirat Selesai, Guru Tampil Mohon Maaf Dan Tandatangan Akur Janji

5-4-2022 10:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3103| Komen: 38|Original author: Tatod


Baru-baru ini, tular cerita mengenai seorang pelajar dirotan oleh seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) hingga menyebabkan belakang badan kanak-kanak berusia 11 tahun itu berbirat teruk.

Memetik laporan Mstar, pendidik yang mengajar di sebuah sekolah Kafa di Cheras, Kuala Lumpur itu meredakan ketegangan yang berlaku sejak 1 April lalu apabila dia akhirnya tampil membuat permohonan maaf selain menandatangani 'akur janji'.

Antara kenyataan yang tertulis dalam surat tersebut adalah pengakuan guru terbabit yang tindakannya itu adalah disebabkan kegagalannya mengawal kemarahan dan melepaskan terhadap pelajar.


Akur janji yang ditandatangi itu juga menyatakan bahawa pelajar terbabit tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh menyebabkan dia dihukum sepertimana yang telah dilakukannya.


Sementara itu, ibu kepada murid berkenaan iaitu Nurlaili Borhanudin berkata, dia berterima kasih kepada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membantu mereka untuk menyelesaikan kes tersebut.

"Kami sudah menerima permohonan maaf dari pihak guru dan menganggap perkara itu sudah pun selesai. Saya ingin jelaskan, tujuan utama kami ketengahkan isu itu bukan untuk memusuhi atau memburukkan profesion kerjaya guru tetapi ingin pihak tersebut bertanggungjawab atas apa yang terjadi dan ingin menegakkan kebenaran kerana anak kami tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh menyebabkan dia dirotan.

"Sebelum kami buat keputusan untuk menerima permohonan maaf itu, kami terlebih dahulu berbincang dengan anak kami kerana dia adalah mangsa sebenar dalam kejadian dan setiap tindakan diambil berdasarkan persetujuan mangsa," katanya.

Nurlaini turut berpuas hati dengan tindakan susulan pihak polis serta majikan kepada guru berkenaan. Malahan, pihak sekolah turut memberikan jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap guru terlibat.


Dia berharap agar warga pendidik terlebih dahulu berbincang dengan kedua ibu bapa murid sebelum membuat apa-apa hukuman serta tindakan yang diambil juga tidak melanggar undang-undang.

"Sebagai ibu bapa, kami ingin memastikan anak kami dan tiada lagi pelajar lain diperlakukan sedemikian. Anak-anak masih dalam proses pembelajaran. Hanya ibu bapa dan guru tempat mereka mendapatkan perlindungan. Jangan khianati anak-anak kita," katanya.

Terdahulu, keluarga mangsa membuat laporan polis susulan anak mereka dirotan sebanyak lima kali hanya kerana kanak-kanak berkenaan meminta rakan yang duduk dihadapannya membuka songkok kerana dia mengalami kesukaran untuk melihat guru mengajar di papan putih. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jari10 5-4-2022 10:48 AM
Oh boleh settle dengan maaf je ya? Luka di badan nampak berbirat luka di hati budak tu…….
Quote saviour_09 5-4-2022 12:10 PM
libas2 anak orang then i'm sorry

whatever
Quote Suchi 5-4-2022 12:21 PM
Pastu anak dia sekolah situ lagi ke? Kalau iols idaklah.
Bila ada cikgu ngadu or dah mula menghukum yg kasar2 sampai buat anak trauma better la tak teruskan lagi.
Kang cikgu tu berdendam tak sudah2.
Dulu masa anak iols sek kafa cikgu dia ngadu stress ngajar anak iols terus je iols bentikan dia.
Pastu mak cikgu tu pengetua sekolah tu suh iols halalkan je semua yuran yg iols bayar sbb baru 3 bulan je sekolah.
Quote makadek 5-4-2022 12:27 PM
Fuh not for me la ...aku pnya protective sampai laki aku rimas
Quote azimodin 5-4-2022 01:21 PM
Perghhh, giler la. Ni bukan rotan2 manja, ni libas zupzup namanya. Sedap2 je lan libas anak orang.
Quote Artemesiaa 5-4-2022 02:25 PM
Sekadar minta maaf dan sign surat je. Kalau macam tu tak hairan kalau lebih ramai lagi akan melakukan perkara sama dimasa depan.
Quote Artemesiaa 5-4-2022 02:25 PM
Sekadar minta maaf dan sign surat je. Kalau macam tu tak hairan kalau lebih ramai lagi akan melakukan perkara sama dimasa depan.
Quote Firenzza 5-4-2022 02:32 PM
Siap la budak kena libas tu, samada setaz tu buat2 x nmpk ko wujud or tidak dlm kelas, or dia fail paper
Quote Drmu 5-4-2022 02:47 PM
guru agama ni kne lebih sabar dlm mndidik. Tkut org nak belajar agama, jdi xsuka pulak dpt ustaz yg garang
Quote afie_m 5-4-2022 03:13 PM
selalu terjadikan, agaknya lepas ni budak ni mesti kena pulau dik cikgu2 sana, kesian dik baik minta tukar sekolah
Quote capiloton 5-4-2022 03:27 PM
Edited by capiloton at 5-4-2022 03:28 PM

sebat manje di tangan udah ler, tak payah ler sampai ke badan.


[tiktok]7059903268285123866[/tiktok]
Quote renko 5-4-2022 03:42 PM
senang je solution
tiba2 plak ade kt sekolah ye
aritu luar kawasan konon
Quote shernazz 5-4-2022 03:48 PM
Cikgu tu kenapa?
Tak dpt malam sebelum tu ke sampai libas budak berbirat ni
Quote gideoncross 5-4-2022 10:10 PM
Ni klau kat FB, msti rmai jejantz Mulayu Melesia mngecam budak ni by saying budak ni lemah & x kuat mcm dorg dlu2 yg sllu kna hentam/pukul dgn cikgu/mak bapak dorg. Kdg2 iol rsa pelik, knpa dorg d hentam kaw2 pstu kluar alasan last2 jdi mnusia lol.
Quote gideoncross 5-4-2022 10:12 PM
azimodin replied at 5-4-2022 01:21 PM
Perghhh, giler la. Ni bukan rotan2 manja, ni libas zupzup namanya. Sedap2 je lan libas anak orang.

Sat lagi jejantz Mulayu Melesia bgithu yg dorg lgi truk kna dlu dgn cikgu memasing tpi dorg ttap jdi mnusia.
Quote kakikuDibibirmu 5-4-2022 10:15 PM
gideoncross replied at 5-4-2022 10:12 PM
Sat lagi jejantz Mulayu Melesia bgithu yg dorg lgi truk kna dlu dgn cikgu memasing tpi dorg ttap j ...

Mestilah jadi manusia, takkan jadi kambing pulak
Quote gideoncross 5-4-2022 10:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-4-2022 10:15 PM
Mestilah jadi manusia, takkan jadi kambing pulak

Jejantz Mulayu Melesia yg sllu ckp cmtu, dlu dorg sllu kna bantai tpi last2 jdi mnusia.
Quote zehra2 5-4-2022 10:38 PM
terminate je laa.. bukan boleh jd cikgu pun.. baran mcm tu
kalo tak, saman sekolah jugek
Quote azimodin 5-4-2022 10:48 PM
gideoncross replied at 5-4-2022 10:12 PM
Sat lagi jejantz Mulayu Melesia bgithu yg dorg lgi truk kna dlu dgn cikgu memasing tpi dorg ttap j ...


Jejanz yg kena libas sampai birat2 tu 90% bukan t20. Geng2 ni yg memenuhkan quota b40

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.073658 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top