Korea Utara memberi amaran kepada jirannya, Korea Selatan agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sekiranya ingin mengelak perang daripada berlaku, lapor akhbar Metro News UK semalam.
Amaran itu dikeluarkan oleh Kim Yo-Jong yang merupakan adik perempuan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un. “Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Wook sangat berani dan dalam masa yang sama, bodoh kerana membuat ugutan serangan secara terang-terangan kepada Korea Utara yang mempunyai senjata nuklear. “Semua pemimpin dalam pentadbiran Korea Selatan perlu lebih bijak mendisiplinkan diri jika tidak mahu bencanan menimpa negara itu,” tegas Yo-jong dalam satu kenyataan.
Suh Wook sebelum ini berkata, negaranya bersedia untuk melancarkan serangan pendahuluan ke atas Korea Utara sekiranya perlu. Menurutnya, Seoul boleh melakukan serangan tepat dan cepat ke atas mana-mana sasaran di Korea Utara. Beberapa pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang pada bulan lepas telah meningkatkan ketegangan dengan Seoul dan masyarakat dunia. Korea Selatan tidak mempunyai senjata nuklear sebenar dan berada di bawah perlindungan ‘payung nuklear’ Amerika Syarikat (AS) yang bermaksud negara itu akan dilindungi sekiranya berlaku serangan. Sumber: Kosmo
|
cmf_premierleag replied at 5-4-2022 09:42 AM
diamlah jantan gemokkkkkk.tak habis2 nak insecure dgn korea selatan oppa menari tarian degup jantung ...
DayangKirana replied at 5-4-2022 10:28 AM
all time fav...
plywood replied at 5-4-2022 10:48 AM
mana youtube lagu degupan jantung ni.. nak dengar juga
ADVERTISEMENT