CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patti Daging Singa, Nuget Harimau Dan Ham Zirafah Bakal Dijual

5-4-2022 06:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1368| Komen: 13

Orang ramai boleh menikmati daging eksotik seperti harimau, singa dan gajah tanpa perlu membunuh haiwan tersebut.


Kredit foto: Primeval Foods

Lapor Oddity Central, syarikat teknologi makanan, Primeval Foods merancang untuk menjual pelbagai daging haiwan liar yang dihasilkan dalam makmal.

Antara produk daging eksotik bakal dijual adalah patti daging singa, nuget harimau dan ham zirafah.


Kredit foto: Primeval Foods


“Memandangkan pasaran alternatif daging menjadi semakin kompetitif, banyak syarikat teknologi makanan mengambil peluang memperkenalkan cara baharu untuk mempromosikan produk mereka.

“Primeval Foods, sebuah syarikat permulaan berpangkalan di London yang mengkhususkan dalam pertanian selular, merancang untuk menjual daging eksotik dihasilkan dalam makmal,” jelas laporan itu.

Kredit foto: Primeval Foods

Menurut laporan tersebut, tiada hidupan liar yang dibunuh dalam proses penghasilan daging eksotik di makmal kerana ia sebenarnya diperbuat daripada sel kultur.

Kultur merupakan istilah bagi daging dihasilkan dalam makmal daripada sel haiwan.

“Antara sebab pengambilan daging haiwan peliharaan seperti daging lembu dan ayam kerana ia paling mudah untuk dijinakkan.


Kredit foto: Primeval Foods

“Jadi, daging dihasilkan dalam makmal secara tidak langsung membolehkan kita melangkaui spesies haiwan yang dijinakkan.

“Malah, kita juga dapat meneroka pilihan yang lebih sedap dan paling berkhasiat,” kata Pegawai Pengurusan di Ace Ventures (syarikat disebalik Primeval Foods) kepada Food Navigator. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 5-4-2022 06:57 AM
Euw....baik mkn daging betul instead of product produced in lab...knp nak mkn daging harimau dan singa pulak....ada byk haiwan kau blh mkn  nak juga yg eksotik..x fhm dgn manusia2 begini
Quote KBW2 5-4-2022 07:01 AM
lepas ni daging manusia plak yedak?
Quote kakikuDibibirmu 5-4-2022 07:04 AM
Kartel daging kanggaru halal tersenyum sinis

K.jpg
Quote kakikuDibibirmu 5-4-2022 07:05 AM
Daging harimau menangis tersenyum sinis
Quote copy_paste 5-4-2022 08:35 AM
jas7512 replied at 5-4-2022 06:57 AM
Euw....baik mkn daging betul instead of product produced in lab...knp nak mkn daging harimau dan sin ...

nak elakkan kepupusan,tu je,soal rasa mmg xkan boleh ganti dengan daging sebenar..


tapi tetap ada pemburuan dan permintaan sbb harga,ketulinan dan tujuan spiritual,


Quote mamajawie 5-4-2022 10:53 AM
hmm..makin lama makin pelik tamadun manusia ni
Quote FOTHER-MUCKER 5-4-2022 10:53 AM
Buatlah daging manusia.
Quote tripleid 5-4-2022 11:17 AM
ko nak mencekik apa lantaklah..tapi tolong jgn kacau haiwan liar kat habitat asal tu
Quote Decaffeinated 5-4-2022 01:36 PM
benih sel masih datang dari haiwan sebenarkan?

takde can lah nak melantak crispy bacon for breakfast

Quote Artemesiaa 5-4-2022 02:32 PM
Daging makmal tak minat nak cuba
Quote FOTHER-MUCKER 5-4-2022 03:04 PM
Decaffeinated replied at 4-4-2022 09:36 PM
benih sel masih datang dari haiwan sebenarkan?

takde can lah nak melantak crispy bacon for breakfas ...

Jikalau dari berita asal, sel di ambil dari binatang yang di pelihara dan hanya zebra di ambil dari exotic meat market.
Quote Supersirap 5-4-2022 03:52 PM
Boleh sesiapa komen rasa daging-daging yang dimaksudkan?
Quote dua_chzy 5-4-2022 05:03 PM
FOTHER-MUCKER replied at 5-4-2022 02:53 AM
Buatlah daging manusia.

Daging manusia lebih kurang sama dengan rasa daging babi kata mereka yang pernah merasa.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.092634 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top