Dua beranak Orang Asli maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan di anak sungai di ladang kelapa sawit Batu Sawar Dua, Kuala Krau, Temerloh kelmarin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 45 tahun dan anaknya berusia 16 tahun dari Kampung Orang Asli Paya Sendayan, Lipat Kajang.
Difahamkan, penduduk kampung berusaha mengesan dua beranak itu selepas tidak pulang dari menangkap ikan pada petang Sabtu lalu. Bagaimanapun, usaha mengesan mereka hingga jam 10 malam tidak gagal menemuinya. "Saksi yang juga penduduk kampung menemui mangsa terbaring di tepi sungai dipercayai terkena renjataan buatan sendiri pada jam 3.40 petang semalam. "Turut ditemukan bersama mangsa adalah bateri kereta dan wayar serta peralatan menangkap ikan dipercayai yang digunakan untuk merenjat ikan," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurut laporan, mayat mereka dihantar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk bedah siasat. Ramli dalam masa sama menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan diri dan orang lain menggunakan bateri kereta untuk menangkap ikan dan berharap kejadian sama tidak berulang. Tambahnya, pihaknya akan menyiasat kejadian berkenaan sekiranya aktiviti tersebut sering kali dilakukan di kampung terbabit. - CARI
|
ADVERTISEMENT