CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 PATI Disumbat Dalam Proton Waja, Sembunyi Dalam But Pun Ada!

5-4-2022 06:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 951| Komen: 2

Seorang tekong darat bertindak menyumbat seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk seorang wanita dalam sebuah kereta selepas mengambil mereka di kawasan pangkalan haram di sini awal pagi tadi.


Anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan kereta jenis Proton Waja itu di jalan pintasan Pasir Mas di sini kira-kira pukul 3 pagi selepas melihat ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, pemeriksaan lanjut telah menemui seramai lapan orang PATI warga Myanmar manakala dua lagi berada di dalam but kereta itu.


Dua PATI warga Myanmar yang bersembunyi di dalam but sebuah kereta jenis Proton Waja turut dicekup dalam serbuan di jalan pintasan Pasir Mas hari ini. - Foto IHSAN PGA


Menurutnya, semakan mendapati, tujuh daripada 10 PATI itu tidak mempunyai pengesahan masuk ke negara ini manakala tiga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua PATI, tekong darat warga tempatan dan kereta itu dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azhari, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dam Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 5-4-2022 10:00 AM
ha pstu korang sumbat dlm jel mkn pakai tanggung berak semua...pastu viral kte duit xde nk bg mkn...

hat mentri p runding hanta blk pun dorang xnk terima

pastu simpan lg bikin semak

kalo hantaq blk pun x smpai 10 org/setahun ciss siyal

btw slmt berbuka ye
Quote Decaffeinated 5-4-2022 12:07 PM
aku cuma nak tahniah kan wartawan kosmo sebab mempromosikan perkataan 'but' (boot) kereta instead of bonet yg biasa org malaysia guna

ada juga wartawan dari budak2 kelas depan


p/s: btw bawah bonet itu ada enjin ya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.027542 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top